NASIB PAK BAKAQ AKA PENARIK BECA



Secara peribadi, saya tidak kenal siapakah Abu Bakar Mohamad Rashid atau lebih dikenali sebagai Bakaq Penarik Beca. Tetapi, saya selalu juga menjengah dan membaca hasil nukilannya.

Kini, beliau telahpun ditahan oleh pihak polis atas tuduhan di bawah Akta Hasutan. Kisah penahanan tersebut tidak mendapat liputan yang meluas dari para bloggers mahupun laman berita portal. Tidak seperti kisah penahanan Anwar yang sentiasa mendapat tempat di ruang blog mahupun laman portal.

Begitulah nasib bagi seorang ‘yang tidak ada nama’.

Saya percaya, Pak Bakaq tentunya mempunyai prinsip perjuangannya sendiri. Beliau tentunya ingin memperjuangkan ‘kebenaran’ menurut kacamatanya sendiri. Jika tidak, takkanlah dia sanggup mengorbankan sebahagian waktunya dalam sehari untuk melontarkan pendapat di laman blognya?

Apapun, beliau perlu menghadapi kenyataan penahanan ini. Seluruh ahli keluarga, terutamanya isteri Pak Bakaq tentunya sedang gusar memikirkan nasib ahli keluarganya. Sebagai seorang muslim, kita juga harus prihatin akan nasib yang menimpa Pak Bakaq dan ahli keluarganya.

Saya dapat rasakan perasaan yang sedang dialami oleh isteri Pak Bakaq. Bila ketua keluarga ataupun suami tiada di sisi, hidup ini terasa sunyi dan sepi. Saya harap isteri dan ahli keluarganya akan tabah menghadapi keadaan ini.

Buat sesiapa yang terbaca posting ini, saya harapkan anda dapat memberikan sedikit maklumat agar saya dapat menghubungi isterinya. Dan saya juga harap, para pembaca yang terbaca posting ini dapat membantu keluarga Pak Bakaq sekadar yang ‘termampu’.

Mudah-mudahan, kita semua akan mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah SWT.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Aflah...

    Gua rasa Uncle Bakaq akan Ok kot...biasa lah kena bagi statement makan masa gk!Kita pakat doakan Uncle Bakaq OK...

    Lu better add Uncle Bakaq punya facebook if lu ada facebook!Lu boleh directly communicate dgn dia utk tanyakan apa2...Lgpun cepat dia reply!

    Gua pun ada send him a msg via facebook...asking for the situation!Just waiting...harap dia reply secepat mungkin lepas dia 'kuar' nanti!Nak tau sgt perkembangannya nihhh..!!!

    Sorry!Tu je info utk lu yg termampu dari gua..

    Roger!

    ReplyDelete
  2. Saya ada no. Kak salwa tapi takkan saya nak tulis publicly.
    Awak sms saya no awak. Nanti sy smskan no dia. No saya 0196691975

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Bz sangat hari ni, ni baru berkesempatan surf internet...

    Kesian Pak Bakaq... Pape pun, kite sesame doakan die k. Die tak buat salah, cume luahkan perasaan jer... Polis memang gila!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    1. Setahu saya, ada 2 isu utama mengapa beliau ditahan oleh pihak PDRM iaitu :

    (a) menukarkan imej pada lambang PDRM yang sedia ada kepada "anjing"; dan

    (b) menyatakan bahawa Musa Hasan di bawah kawalan orang-orang "besar" berbangsa cina.

    2. Tiada salah jika kita hendak luahkan perasaan, tetapi ianya hendaklah dibuat secara berhemah serta dengan penuh tanggungjawab.

    3. Setiap Blogger harus sedar bahawa hasil nukilan anda dibaca oleh umum. Sekiranya kita marahkan sesetengah orang di dalam PDRM, adakah wajar kita memburukkan keseluruhan mereka ? Bagaimana reaksi waris-waris ahli keluarga Polis yang terkorban mempertahankan keamanan negara seperti di Bukit Kepong ?

    4. Jika kita hendak "mempersembahkan" keburukkan orang lain kepada umum (sebagai contoh mendakwa seseorang itu mangamalkan rasuah) pastikan kita mempunyai bukti yang kukuh. Bloggers harus bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis oleh mereka dan oleh kerana itulah saya tidak mempunyai blog saya tersendiri, kerana saya tidak yakin dapat memikul tanggungjawab ini dengan sempurna.

    ReplyDelete
  5. Contoh Blogger yang tidak bertanggungjawab :-

    http://joshbeh.blogspot.com/2008/08/go-to-hell.html

    Selain daripada perkataan-perkataan yang hanya digunakan oleh mereka yang tidak berpendidikan dan tanpa pegangan atau prinsip moral, beliau juga telah memutar belitkan isu yang dikupas. Menurut beliau :-

    "The Bar Council's forum wasn't about Islam. It was about how Malaysia has twisted Islamic law in order to divide the population and control them. It's about how the BN government has abused religion and manipulated it to control the minds of the Malay population."

    Dakwaan di atas adalah palsu semata-mata. Forum tersebut adalah berkenaan Islam. Ahli-ahli keluarga (waris) kepada mereka yang telah memeluk agama Islam ditemuramah dan menceritakan "kepedihan" hidup mereka. Ada juga seorang wanita mualaf yang pernah berkahwin 2 kali dengan lelaki Islam tetapi tidak menemui kebahagian hidup.

    Tiada apa pun berkenaan dengan "It was about how Malaysia has twisted Islamic law in order to divide the population and control them. It's about how the BN government has abused religion and manipulated it to control the minds of the Malay population."

    Ada Blogger yang berhemah, ada Blogger yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.