LAPORAN PUSRAWI : SIAPA ‘KENCING’ SIAPA?


Anwar Ibrahim cukup gah dengan tagnya “Harapan Baru Untuk Malaysia”

Bila merenung situasi semasa, mungkin tag itu sedang berbunyi “KEJUTAN Baru Untuk Malaysia”

Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja laporan perubatan Saiful di hospital PUSRAWI menjadi bahan utama perbincangan di ruangan portal, blog, akhbar, radio, televisyen, pejabat, kedai kopi mahupun di kaki lima.

Bagi penyokong Anwar, laporan tersebut tentunya “good news” bagi mereka. Manakala, bagi penentang Anwar pula, laporan itu tentunya “bad news” ataupun “wrong news”!

Sudahnya, penyokong Anwar mengatakan, “selama ini mereka dikencing oleh pihak berkuasa”. Dan penentang Anwar pula berkata, “Anwar nak kencing rakyat”. Lalu, rakyat pun sibuk berdebat topik baru “Siapa kencing siapa?”.

Sedar atau tidak, dah hampir sebulan kes ini disiasat.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara berkata “PDRM sedang mencari petunjuk baru bagi melengkapkan siasatan”. Bunyi kenyataan itu ‘seolah-olah’ menunjukkan yang Anwar memang terlibat. Mungkin PDRM ingin mengumpulkan bukti yang kukuh bagi mensabitkan Anwar dalam kes tersebut.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pula seolah-olah ingin menyatakan “laporan tersebut tidak betul dan tidak sepatutnya disebarkan.” Pihak PUSRAWI pula terpaksa menubuhkan jawatankuasa penyiasat bagi membersihkan nama mereka. Tentunya imej PUSRAWI yang menggunakan nama ‘ISLAM’ bakal tercalar di mata pengguna kesihatan.

Jika laporan itu ‘tidak betul’, bukan sahaja nama PUSRAWI yang akan kotor, tapi nama ‘ISLAM’ juga akan tercemar. Implikasinya jelas dan nyata. Pihak PUSRAWI berkemungkinan akan berkata “laporan itu tidak lengkap kerana cara diagnosis itu dibuat tidak menyeluruh dan bla..bla..bla..”

Tetapi, jika ‘kebenaran’ laporan itu dipertahankan oleh pihak PUSRAWI, maka bertambah peninglah kepala-kepala penyiasat PDRM yang sedang bertungkus-lumus menyelesaikan kes ini. Apapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari PUSRAWI dan laporan penuh siasatan dari PDRM .

Lebih lama siasatan dibuat, entah ‘kejutan apa lagi’ yang akan keluar selepas ini. Takkan polis nak tunggu lepas pilihanraya kecil Kulim atau siasatan PDRM akan siap ketika hari pembuangan undi? Tak dapat nak dibayangkan jika Anwar ditangkap pada hari pembuangan undi. Tentu ‘kecoh’ jadinya!

Bukan sahaja rakyat yang sedang pening atau bosan dengan kes ini, tapi Menteri Dalam Negeri sendiri dah jemu nak jawab soalan yang sama setiap hari. Semalam, DS Syed Hamid Albar sendiri meminta PDRM menyelesaikan segera kes ini. Mungkin beliau dah ‘muak’ dengan kes ini atau mungkin agaknya beliau sedang ‘pening’ dengan kedudukan beliau dalam pemilihan UMNO Bahagian Kota Tinggi. Pencabarnya dah cukup ‘kuota’ untuk merampas jawatan Ketua Bahagian Kota Tinggi darinya.

Semalam, Anwar mengadakan sidang akhbar dan meminta kes ini ditutup. Beliau tetap mempertahankan hujahnya yang menyatakan wujudnya ‘teori konspirasi’ dalam kes ini. Lebih-lebih lagi setelah laporan PUSRAWI itu jelas mengukuhkan hujahnya sebelum ini. Manakala hari ini pula, beliau telah dipanggil ke JAWI berhubung siasatan di bawah peruntukan qazaf, undang-undang syariah Kuala Lumpur.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Saya first?

    yeahhhhhhh. Memang politik ni memeningkan. Kerana politik lah kita berpecah sekarang

    SURVEY: JIKA PR MEMBENTUK KERAJAAN
    http://anakmalaysia81.blogspot.com/2008/07/survey-jika-pr-membentuk-kerajaan.html

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Politik tidak memecahkan apa apa. Di amerika yang mempraktikkan 2 sistem parti, rakyat amerika aman damai. Cuma pilih pemimpin yang TERBAIK !

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Aflah, apa agaknya yang akan menjadi pengakhiran kepada episod 'kencing2' ni agaknye...

    Tak malu ah diorang ni, kencing2 kat tempat awam nih... alaaahai...

    (tengok respon Dewan Muslimat PAS Pusat atas undangan muzakarah drpd Senada-Wanita UMNO, kat sini http://aljundiathirah.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  4. Salam

    Dalam kes ini, pendapat peribadi saya, politik sebegini dipanggil politik desperado, ntah dari mana tiba-tba datangnya budak saiful mengatkan dia diliwat, nak tanya sikit je adik saiful tu, adik, anda baru 22 tahun pakcik anwar dekat 60 dah, takkan lah anda biarkan pakcik tu bukak seluar anda dan melakukan apa yang tidak patut kedalam anus anda, mungkin anda juga ingin menikmatinya..?? pening saya bila perkara semudah itu tidak dapat dipikirkan oleh pak-pak menteri, kuat sangat kah pakcik anwar tu dengan sakit tulang belakang lagi boleh pulak 'merogol' budak muda, ini bukan 'liwat' namanya, ini asmaradana la dik saiful ooii..

    ntah laaa... tah paham eden...

    apa-apa pun, hanya kebenaran yang akan menang... ;-) we will see...


    wasalam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    1. Dari segi teori wujudnya "konspirasi" bahawa tuduhan ini sengaja diwujudkan, pada pendapat saya sekiranya ada "konspirasi", mengapakah Saiful pergi ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu ?

    2. Sekiranya semua ini merupakan perkara yang terancang, mengapa tidak Saiful terus membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan perubatan di pusat perubatan kerajaan ? Mengapa perlu Saiful pergi ke Pusrawi dalam keadaan bahawa beliau menyedari (sekiranya benar ada konspirasi) bahawa tiada perbuatan liwat dilakukan terhadap beliau ?

    3. Saya sengaja membangkitkan isu ini kerana saya memang menjangkakan bahawa umum akan membuat kesimpulan tentang kes ini berpandukan kepada laporan perubatan Pusrawi.

    ReplyDelete
  6. Aflah,

    Jangan buat andaian sahaja. Sekiranya betul Saiful diliwat Anwar, saudari juga akan berdosa kerana telah menyebelahi Anwar diblog saudari.

    Anwar bukanlah Nabi, dah banyak kesilapan dia buat. Masa dia kat Maktab Melayu KK dulu, dia sendiri pun suka simpan jambu.

    Jangan jadi katak bawah tempurung. Kenali dulu siapa Anwar.

    ReplyDelete
  7. ANWAR TAHULAH!!!!


    SEBAB DIA YANG DITUDUH!!!!


    KORANG PIKIR CAMNER NASIB KORANG KALAU DIFITNAH, TAPI SELURUH KERAJAAN BERSETUJU DENGAN FITNAH TERSEBUT, SIAPA LAGI YANG KITA NAK MErAYU DAN MEYAKINKAN KITA?????


    JADI....... Kalau ANWAR BUAT, dia takderlah nak bersusah payah camnih...... sebab dia tak buatlah dia berusaha melawan!!!!


    TAKBIR!!!!!


    P/S: PUSRAWI pun dah kena bayar jugak nampaknya, sebab DALAM LAPORAN PERUBATAN SAIFUL DI PUSRAWI terang2 ada menyatakan SAIFUL DIMINTA PERGI KE HKL dan SAIFUL BERCADANG NAK BUAT LAPORAN POLIS.... JADI, PEMERIKSAAN YANG PERTAMANYA DI BUAT OLEH DR di HOSPITAL PUSRAWI dan dilihat tiada kesan, SEKIRANYA SELEpaS ITU, MEMANG ADA KESAN SAIFUL DILIWAT bermakna, sama ada POLIS SENDIRI YANG MELIWAT SAIFUL ATAUPUN DOKTOR YANG CHECK SAIFUL TUH MELIWAT SAIFUL..... MALU SIOTttt, glemer dengan LIWAT SAMPAI 7 keturunan BUDAK SAIFUL NIH!!!!

    ReplyDelete
  8. JOM sama2 BERDOA, semasa perbicaraan SAIFUL dan ANWAR nanti, semoga SIAPA DI ANTARA KEDUANYA YANG MENIPU menjadi BISU dan PEKAK!!!!

    ok.....

    - AKU RASER dengan cara itu, SIAPA YANG MENIPU ITU AKAN BERTAUBAT!!!

    ReplyDelete
  9. Saya berminat untuk betukar link dengan pemilik blog ini. Jentayuabaka.blogspot.com. tq inform sya klu ok^^

    ReplyDelete
  10. fabricate bukti semua keja polis malaysia yg takde maruah.anjing2 najib semua tu.so sapa keja polis ikutla jalan yg benar.jangan jadi balaci nanti di akhirat menjawapla korang depan Allah SWT.

    ReplyDelete
  11. Even though mouth foaming Information Minister Shaberry Cheek vainly tried to downplay the Hudud issue by saying that it is only the opinion of one individual in PAS, we all know how much weight Tok Guru's words carry in PAS. What is obvious here is that Umno in its lust for power has now got itself caught between a rock and a hard place.

    If Umno goes ahead and merges with PAS 'for the sake of race and religion', how is it going to face its non Muslim partners in BN? If it goes ahead with this unholy union with PAS, Pakatan Rakyat will probably benefit from a mass defection of BN component parties into PR.

    PAS on its part, will remain with PR and Umno will be left alone in BN and lose its power and vanish over time as in the words of Tok Guru. If BN chooses not to merge with PAS, it will also vanish as PR is getting stronger by the day...More http://margeemar.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. PDRM sepatut nya melengkap kan siasatan supaya rakyat tidak memandang serong di atas kreadibility diorang.Benda kecil macam ni pun badan kerajaan tak dapat settle kah???

    Jangan kita bandingan kan Anwar dengan nabi.Nabi lebih sempurna dari kita manusia yang suka kencing2 kat merata tempat..

    ReplyDelete
  13. crower..gua dh saspek komen bernombor ni trademark lu kn?cilakak!

    bagi pendapat saya..eh,..bagi pendapat gua, selagi pdrm tak dapat keluar dari kongkongan kerajaan,selagi tulah gua tak percaya sama pdrm..bapak gua dl pn polis..jadi,lu simpan sajalah motto lu tu pdrm..heh!

    ReplyDelete
  14. laporan pusrawi tu palsu la wei..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.