ANWAR BAKAL TERJERAT?
Khabar angin mengenai hubungan rapat Anwar dengan Dr. Mohamed Osman mula tersebar luas. Dr. Mohamed Osman adalah doktor PUSRAWI yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan.
Beberapa laman blog mula mempersoalkan hubungan antara Anwar dengan Dr. Mohamad Osman.
Dr Mohamad Osman adalah seorang muslim Burma dan pernah bertugas selama 3 tahun di Regional Islamic Da'wah Council of South East Asia and the Pacific (RISEAP) dari tahun 1993 to 1995. Secara kebetulan pula, Anwar Ibrahim juga dilaporkan aktif dalam pertubuhan itu pada ketika itu.
Sewaktu sidang akhbar 29 Julai 2008, Anwar Ibrahim menafikan yang beliau mengenali Dr. Mohamad Osman sewaktu ditanya oleh pihak media.
Video dari Malaysiakini
Manakala Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengesahkan yang keterangan Dr. Mohamad Osman telah dirakamkan oleh pihak polis. Beliau turut mengesahkan yang doktor tersebut tidak pernah ditahan oleh pihak polis. Pada masa ini, pihak PDRM sedang mengumpulkan bukti yang sahih dan ‘benar’ sebelum siasatan tersebut diserahkan kepada Peguam Negara.
Video dari MSTAR
Semalam juga, Saiful Bukhari Azlan melalui peguamnya telah mencabar Anwar sekali lagi untuk bermuhabalah dan Saiful juga dilaporkan sudah bersedia untuk bersumpah dengan menjunjung Al-Quran sebaik sahaja pihak PDRM menyelesaikan siasatan mereka.
Dalam perkembangan yang sama, pihak PUSRAWI pula telah mengesahkan, Saiful Bukhari memang telah datang ke hospital itu. Bagaimanapun, pihak PUSRAWI tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan perubatan tersebut. Perkara itu masih lagi disiasat oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh pihak PUSRAWI.
ape sebenarnye yg berlaku ni...
ReplyDeletekenape buat rakyat semakin hari semakin bingung ni...
Ya ALLAH... Berikanlah kami petunjukMU...
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Sebelum DSAI hendak "dijerat", bukti harus dikemukakan untuk menunjukkan :-
(a) hubungan di antara Dr. tersebut dan DSAI di dalam pertubuhan yang disebutkan;
(b) bahawa Saiful ada menyatakan kepada Dr. tersebut nama pelaku liwat tersebut.
Sekiranya pada soalan (a) dapat dibuktikan bahawa mereka mengenali antara satu sama lain dengan rapat dan sekiranya pada (b) Saiful ada menyatakan nama pelaku liwat tersebut kepada Dr. berkenaan maka boleh diwujudkan keraguan terhadap laporan perubatan tersebut.
2. Saya hairan mengapa PUSRAWI tidak dapat mengesahkan laporan yang tersebar merupakan salinan daripada laporan yang sebenar. Hanya perlu bandingkan salinan laporan yang diedar dengan laporan asal yang tersapat pada fail PUSRAWI.
3. Saya juga hairan mengapa Dr. tersebut mengambil cuti sejak minggu lepas.
4. Apa yang patut dirisaukan oleh DSAI adalah teori yang dicanang olehnya di merata Malaysia melalui "road show" iaitu Teori Konspirasi. Bagi saya, sekiranya semua ini merupakan perkara yang terancang, mengapa tidak Saiful terus membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan perubatan di pusat perubatan kerajaan ? Mengapa perlu Saiful pergi ke Pusrawi dalam keadaan bahawa beliau menyedari (sekiranya benar ada konspirasi) bahawa tiada perbuatan liwat dilakukan terhadap beliau ? Sudah tentu beliau menyedari bahawa doktor akan dapat mengesan tiada perbuatan liwat dan ini akan menggagalkan konspirasi tersebut.
Apapun kita harap bertenang.. sebagai orang yang tidak mengetahui, lebih baik jangan buat sebarang kesimpulan awal
ReplyDeleteape cite komen bernombor siap ada sub komen lagi crower?
ReplyDeletetp lu pnye komen solid juga kn?
Salam,
ReplyDeleteYang pasti jerat tak pernah lupakan pelanduk
tuungguu...
daus,
ReplyDeletebukan apa, kalau tak bernombor nampak semak. Cuba bayangkan kalau rumah takde nombor huhuhu
Berita terkini.
ReplyDeleteDidalam satu perkembangan lain pengendali blog murahan Nur Aflah telah membuat lapuran polis bahawa beliau juga telah diliwat oleh Anwar Ibrahim semalam.
salam,
ReplyDeletef i t n a h
h a n t i f
fitnah ..... story of the year....
pengarah... peminpin peminpin di sebalik tabir.
skrip................ fiitna
pelakun ............. rakyat rakyat
lakun layar.......... sesaapa
filem yang akan di nobatkan ....
juri raqib dan atib
pentas ............... padang mahsyar...
saksi................semua anggota tubuh badan.
merit juri... sebesar zarah di ambil kira.
penutup kata
tanggung sendiri
Mungkin kesudahan yang patut untuk 'happy ending' episod politik Malaysia ini adalah:
ReplyDelete1) Nik Aziz jadi PM
2) Lim Kit Siang jadi DPM!
Bacalah blog dari link---
http://aarvidi.wordpress.com/2008/07/31/pas-leaders-hadi-awang-and-nik-aziz-malaysiakini/