UDAH LE TU …

Tiga hari tidak mengikuti perkembangan politik di Malaysia, terasa seperti 3 tahun lamanya. Apapun, terima kasih kepada semua yang sentiasa mengunjungi blog ini. Siapalah saya tanpa anda … :-)

Kalau ikutkan hati ini, memang banyak isu ‘PANAS’ yang ingin saya tuliskan hari ini. Terutamanya bab muzakarah atau apa-apa perkataan yang dikaitkan dengannya.

Tapi, disebabkan kesuntukan masa dan banyak pula kerja-kerja yang belum lagi diselesaikan, maka saya hanya ingin memberikan komen ringkas mengenai isu muzakarah yang kian hebat didendangkan oleh media arus perdana dan juga ‘bukan perdana’.

Sebelum ini, saya dan rakan-rakan lain telah beberapa kali menyentuh dan berbincang tentang isu ini. Bacalah di sini :

ISU MUZAKARAH : JANGAN PERLEKEHKAN NIK AZIZ

DEMONTRASI ANTI-MUZAKARAH TAK JADI?

UMNO NAK ‘BERGURU’ DENGAN PAS?

PENGIKUT PAS JANGAN MUDAH DIPERBODOHKAN

BILA PENGANALISIS TERLUPA

UMNO GAGAL PUJUK PAS?

PERTEMUAN PAS – UMNO : SIAPA MAIN SIAPA?

POLITIK ISLAM DAN CABARAN BUAT PENDUKUNGNYA

Kali ini, saya cuma ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana beliau sanggup mengutamakan Islam daripada kepentingan politik. Beliau sanggup membubarkan PAS jika itu adalah langkah terbaik untuk memertabatkan Islam di negara ini. Kesanggupan itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau lebih sayangkan Islam daripada PAS.

Kenyataan yang keluar dari mulut Tuan Guru itu ternyata menguji iman umat Islam di negara ini. Sejauhmana umat Islam di Malaysia ini sanggup mengorbankan parti mereka untuk kepentingan Islam? Sanggupkah ahli PAS dan UMNO mengorbankan parti kesayangan mereka untuk mendaulahkan Islam?

Tepuk dada, tanya selera !


Sejarah perjuangan Tuan Guru Nik Aziz dalam PAS bukannya singkat. Sudah berpuluh-puluh tahun beliau berjuang memertabatkan Islam. Banyak kenangan pahit dan manis yang beliau lalui bersama PAS. Malah, sudah berlori-lori fitnah yang dilemparkan terhadap diri dan juga perjuangannya.

Pernahkah anda terfikir, kenapa beliau sanggup membubarkan PAS?

Dapatkah anda bezakan, antara PAS dan Islam?

Dan, adakah anda faham maksud ‘ikhlas’ dalam perjuangan?

Apapun, renungkanlah maksud ayat di bawah :

“Berjuanglah kamu pada (agama) Allah dengan sebenar-benar perjuangan. Dia telah memilih kamu dan tiada mengadakan kesempitan bagimu dalam agama, seperti agama bapamu Ibrahim. Dia (Allah) menamakan kamu orang Islam dari dahulu dan dalam ini (Al-Quran), supaya rasul menjadi saksi terhadap kamu dan kamu menjadi saksi pula terhadap manusia. Maka dirikanlah sembahyang dan bayarkanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia wali kamu, Maka Dia sebaik-baik wali dan sebaik-baik penolong”
Surah Al-Mukminun, ayat 78

Nur Aflah :

Kepada semua media perdana dan alternatif yang sibuk mensensasikan cerita muzakarah ini,

UDAH LE TU !
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. Salam
    First of all.. tq X 100000000 kerana add saya sebagai sahabat anda...;-)

    Yup... udah le tuuuu... hari2 isu muzakarah, saya risau dan takut pengikut dan penyokong PAS akan terpedaya dengan dakyah dan niat jahat UMNO dalam isu muzakarah ini, dengan jelas sejak permulaan isu ini, Tuan Guru Nik Aziz menolak usaha ini, kerana ini usaha menjatuhkan PAS bukan usaha penyatuan.

    Tuan guru tau apa yang terbaik untuk parti kita. Mungkin juga ramai pengikut PAS dan pakatan rakyat sedikit terkeliru dengan cadangan pembubaran parti oleh Tuan guru, pandangan peribadi saya maksud pembubaran yang Tuan guru maksudkan ialah usaha untuk membersihkan hati2 ahli UMNO ini untuk menerima dasar ISLAM oleh PAS, kalau PAS bubar pun ahli2 PAS tetap dengan Dasar ISLAM PAS, kan tuan guru kata (cuba dengaq betul2 sidang media tuan guru)


    "nak suruh umno sahaja bubar, takut dia kecik hati"


    Diharapkan semua penyokong pakatan bersatu terus memperjuangkan apa yang telah sekian lama kita perjuangkan... perjuangkan kebenaran... ;-)

    ReplyDelete
  2. Good to read article from u Nur.

    Hope we will see more...

    http://anakmalaysia81.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Saye teringat ucapan TGNA yang disambut baik oleh semua penyokong dan pedokong PAS suatu detik yang lalu....

    "Kalau UMNO dapat meletakkan ISLAM sebagai dasar utamanya, kita akan bubar PAS!"

    Kenyataan yang sangat jelas pada pendapat saya...

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Pena kita berbeza tapi Nur Aflah tetap add saya sebagai sahabat,tq

    ReplyDelete
  5. Haha..

    Alahaaiii...jadi 'hub' ber-add-add link la pulak blog Si Aflah ni ehh?takpe2..blogger kelas II pun kena baca apaa...!Tak kita2 yg support sama2 kita,sapa lg kannn??Sapa nk link,angkat tangannnn...

    So,firazzurri... gua pun add lu utk blog-ship gua!Lu kena thanks sama gua gk!Sapa lg nak link?cakap...!cakap...!

    Soal Muzakarah/Muqabalah!Gua pun nk duk tulis gk,cuma duk study2 skit...nak menulis biar ada point/ilmu kannn...?!

    Apa pun,segala benda ada ending-nya!So..wait and see je la!

    p/s; Aflah...lu semak Article 153, Constitution of Malaysia! Check out the point of...

    ROger!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    1. Jika dikaji, mereka yang suka membuat pengumuman mengenai perbincangan antara UMNO/PAS ini adalah dari kem UMNO. UMNO menggunakan alasan kepentingan Islam dan perpaduan Melayu walaupun secara umumnya rakyat menafsirkan tindakan UMNO ini sebagai "act of political desperation".

    2. Sekarang ini UMNO terperangkap dengan permainannya sendiri apabila Nik Aziz mempelawa membubarkan UMNO dan PAS dan menubuhkan parti baru. Sudah tentu golongan yang mendapat pelbagai habuan dan kekayaan dari UMNO akan tidak bersetuju.

    3. Bagi saya, setakat perkembangan terkini ini, jelas PAS lebih ikhlas. UMNO diharap jangan memandang rendah terhadap tahap intelek dan pemikiran politikal pemimpin PAS.

    ReplyDelete
  7. Puan Nur Aflah datang tak seminar bloggers melaka nanti?

    Jemput la datang.

    ReplyDelete
  8. SURVEY: JIKA PR MEMBENTUK KERAJAAN

    http://anakmalaysia81.blogspot.com/2008/07/survey-jika-pr-membentuk-kerajaan.html

    ReplyDelete
  9. Debat hebat akan datang: Uncle Pet vs. Raja Petra

    Siapa yang bakal jadi Raja segala Pet - Uncle Pet atau Raja Pet?

    http://www.dperantauan.com

    ReplyDelete
  10. Apa pun lampin Pet Pet untuk kanak-kanak memang bagus.

    ReplyDelete
  11. Salaam
    Kepada yang selalu mengikuti ceramah, syarahan, kuliah..etc TGNA gesaan dr beliau bukan lah suatu pekara yang baru, beliau acap kali mengatakan dalam ucapan2 beliau yang mana beliau setuju untuk membubarkan PAS jika UMNO sanggup terima Islam sebagai tonggak perjuangan Parti, PAS hanyalah satu nama, satu wadah yang memperjuangan kan islam. jika UMNO samgguh menerima Islam sebagai ad-din dalam politik mereka bila2 masa sahaja PAS boleh di bubarkan.

    Tapi sanggup kah UMNO... rasanya mustahil...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.