Sewaktu menyampaikan kuliahnya di Masjid Alwi, Dr. Asri atau lebih dikenali sebagai Mufti Perlis telah memilih Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Saya percaya, tentu ada pihak yang tidak akan bersetuju dengan pandangan tersebut. Apapun, pandangan Dr. Asri itu tidak ada salahnya kerana negara ini memerlukan pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz yang selama ini telah terbukti sebagai pemimpin yang amat merendah diri, bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa, berilmu dan sentiasa beristiqamah dalam menyampaikan kebenaran yang dibawa oleh Islam.
Secara logiknya, memanglah sukar untuk mana-mana pihak mencalonkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai pengganti kepada Pak Lah. Banyak proses yang perlu dilakukan untuk ke arah itu. Apapun, untuk kesejahteraan negara ini, kita perlukan lebih ramai pemimpin muda yang setanding dengan keperibadian Tuan Guru itu.
Fikir-fikirkanlah…
Petikan kuliah Dr. Asri
ANTARA ANWAR & NAJIB : MUFTI PERLIS PILIH NIK AZIZ | Malaysiakini
Mufti Perlis
,
Nik Aziz
,
PAS
,
Pendapat
,
Perdana Menteri
kepimpinan nik aziz sebagai menteri besar kelantan tidak dapat disangkalkan lagi.... so tak jadi masalah la klu beliau jadi perdana menteri..... jadi lupa view saya punya blog dayhascome.blospot.com
ReplyDeleteassalamualaikum nur,
ReplyDeletesenarai PM yang saya support sepenuhnya:
- TGNA
- TGHA
- YB Husam Musa
- YB Nizar
- baru2 ni yang masuk dalam senarai ni YB Mahfuz (berdasarkan debat dia dengan YB seri gading yang tak disiarkan oleh TV9)
Dari sudut peribadi memang tidak di sangkal TG Nik Aziz seorang ahli politik yg paling bersih.Tapi utk menjadi PM,ianya memerlukan beberapa ciri-ciri lain yg tak ada pada beliau.Bagi saya kalau PM mahu di lantik dari kalangan pemimpin Pas,Husam lebih sesuai.
ReplyDeleteDue respect, nik aziz can be a leader but not as PM. May be Imam Besar or influential supreme position in the new government, some sort like the Iranian.
ReplyDeleteSomeone the like of DSAI has got to lead, after all he has an outstanding islamic knowledge couples with sound credential during his tenure as DPM and MoF. Slander is a BIG SIN in the islamic syariat and those made against him is purely political initiated by the followers of Syaitan.
Dr Asri is an "easy-going" person as far as religious perspective is concerned. Graduated from Jordanian varsity speaks for itself.
anon 11:29 am:
ReplyDeletejuga dari segi usia bukan...