'Rosmah tidak bayar RM1,200' kata Ahmad Maslan



Isteri perdana menteri tidak menggunakan khidmat dandanan rambut RM1,200 tetapi hanya bertanyakan harga daripada penyedia khidmat tersebut, jelas Datuk Ahmad Maslan.

Datin Seri Rosmah Mansor hanya merungut tentang harga tersebut selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu, kata timbalan menteri kewangan.

"Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata 'amboi mahalnya'.

"Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya," kata Ahmad di Cyberjaya hari ini.

"Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif."

Di majlis penerangan cukai barangan dan perhidmatan (GST) kepada anggota persatuan isteri-isteri menteri dan timbalan menteri BAKTI minggu lepas, Ahmad menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat rungutan tersebut.

Kenyataan Rosmah dan gesaan Ahmad itu kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak, khususnya pembangkang dan pengguna Internet.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.