Pasukan The Reds, Liverpool terus garang membenam penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2 - 1 di Anfield pada malam Ahad.
Hadir dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga, Liverpool bermula baik dengan menjaringkan gol seawal minit ke-11 menerusi Jordan Henderson yang melepaskan rembatan lencong menewaskan Joe Hart.
Begitupun, pasukan pelawat, Man City tidak mudah melatah apabila menyamakan kedudukan menerusi Edin Dzeko pada minit ke-25 dan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Beraksi dalam keadaan hujan, Hart sekali lagi dihukum menerusi sepakan lencong Philippe Coutinho pada minit ke-75 dan sekalipun lebih menguasai permainan, tiada jaringan mampu diledakkan City.
Untuk rekod, Man City tidak pernah menang di Anfield sejak 12 tahun lalu.
Kemenangan membawa Liverpool ke tangga kelima liga dengan Man City kekal di tangga kedua.

0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.