Keluarga Tun Razak Sangkal Spekulasi Harta Pusaka



PETALING JAYA: Empat anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak menyangkal spekulasi berhubung harta pusaka yang ditinggalkan oleh bapa mereka yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Johari Razak, Datuk Nizam Razak, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Nazim Razak telah merujuk bapa mereka sebagai seorang yang berprinsip, dan terkenal dengan sifat kesederhanaan.

"Kami amat bimbang dengan beberapa 'posting' dan artikel berita baru-baru ini yang telah menimbulkan spekulasi tentang harta pusaka peninggalan arwah bapa kami, Tun Abdul Razak.

"Kami secara rasmi ingin menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang berprinsip, terkenal dengan sifat kesederhanaan dan penuh integriti buat semua yang mengenali beliau dan sebarang kenyataan atau kesimpulan sebaliknya adalah sama sekali tidak benar dan akan membawa kepada kekeliruan terhadap beliau sebagai seorang yang menjadi memori kerana jasa dan pengorbanan untuk negara, " kata kenyataan itu.

Keluarga itu seterusnya berkata mereka akan berdepan dengan sesiapa sahaja yang cuba mencemarkan memorinya dengan apa motif sekali pun.

"Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini," kata keluarga itu.

Kenyataan dibuat ekoran artikel di dalam The New York Times, yang telah membuat spekulasi mengenai kekayaan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung Tun Abdul Razak.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.