MELAKA, 4 Mac – Anggota Dewan Undangan (ADUN) PAS, Dr Md Khalid Kassim hari ini menyokong tindakan kerajaan Melaka untuk melarang penjualan minuman keras di rangkaian kedai serbaneka 24 jam dalam kawasan majoriti penduduk Islam.
Dr Md Khalid yang juga ADUN Bukit Baru turut memuji tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai penting dalam menjaga kepentingan umat Islam di negeri ini.
“Ada yang melihat tindakan ini agak kecil tetapi apa yang perlu dilihat adalah makna serta kesannya yang cukup besar,” katanya ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada ucapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob sempena perasmian persidangan DUN Melaka di sini.
Keputusan melarang penjualan arak itu dibuat pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 28 Jan lalu.
Ia bagaimanapun mendapat reaksi negatif antaranya daripada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh yang dilapor tidak setuju dengan tindakan itu dan berkata ia bukan perkara serius yang perlu dibangkitkan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron ketika menggulung ucapan itu berkata, sokongan daripada Dr Md Khalid itu merupakan pembakar semangat untuk kerajaan negeri terus berusaha menjaga kebajikan umat Islam di negeri ini.
Usul itu kemudian diluluskan dewan dengan suara terbanyak. – Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.