Jika ya, mungkin juga anda nak tahu.. siapalah yang memaki-hamun anda tu kan..
Jadi, untuk mencari identiti pengunjung blog yang memaki-hamun anda itu, caranya mudah sahaja.
1) Anda perlu menggunakan khidmat percuma dari statcounter. Mula-mula daftar dulu dengan statcounter dan lepas tu, pasangkan kod pengesanan yang diberikan itu pada blog anda.
2) Untuk mengetahui siapakah yang memaki-hamun kita tu, kita hanya perlu lihat pada waktu komen itu dibuat. Contohnya, saya nak cari manusia yang panggil saya ‘pelacur’ pada 12 Januari 2010, jam 11.25pm [kat sini].
3) Jadi, apa yang perlu dibuat adalah log in dulu akaun StatCounter kita. Kemudian, klik pada recent visitor activity. Lepas tu, scroll down dan cari apa yang berlaku pada jam 11.25pm.
4) Bila dah jumpa macam dalam gambar kat atas ni, copy IP Address yang dipaparkan tu dan klik pada bahagian ‘Lookup IP Adress’.
5) Paste IP Adress tu dalam kotak kosong tu dan klik button SEARCH. Hasilnya akan keluar seperti dalam gambar di bawah ini:
Kesimpulannya, saya dah boleh tahu siapa yang hantar komen tu. Manusia tu gunakan Vista dan pelayar Internet Explorer 8. Dia berada di sekitar Kuala Lumpur kerana server yang digunakan terletak di kawasan Kg Baru, Kuala Lumpur.
Ok.. sekian sahaja untuk tips hari ini.
Nota: Boleh juga gunakan khidmat [http://www.ip-adress.com/ip_tracer/] untuk cari identiti penghantar email yang kita tak kenal.
-->
Berguna sungguh tips yang diberi. Rasa saya PELANTAQHUJAH pun baru tahu ada benda2 macam ni, kalau tak pastilah dia tak menyamar jadi anonymous. Dah kantoi macam ni pasti memalukan diri, keluarga dan parti UMNO. Lain kali UMNO kena hantar blogger yang 'jantan' sikit, bila tak boleh balas hujah, berlapang dada saja, takdelah balas dengan perkataan seperti yang diungkapkan PELANTAQHUJAH.
ReplyDeleteIni adalah satu posting yang sangat menarik. Adakah dengan memberitahu semua anon bahawa identiti mereka boleh dikesan akan menyebabkan mereka takut. Kalau begitu, taktik ini sama dengan taktik Anwar yang menyaman mungkin untuk mendiamkan kritik terhadapnya.
ReplyDeleteBagaimana ya??
Saudara Kembara Putih tersilap. Sila fahamkan betul-betul apa yang saya tulis tu..
ReplyDeleteCik Puan Nur Aflah,
ReplyDeleteSetelah mengetahui destinasi lokasi wajar terus diketuk pintu rumah dengan memberi salam dan ucapkata,"hai saya sudah berada di hadapan pintu rumah. Boleh masuk?"
Kelemahan laptop atau sistem cakera perisiannya?