RILEK JE MAMAT NI



Polis hari ini mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu ke atas seorang suspek berusia 34 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh empat beranak di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Tampin, Selasa lepas.

Perintah tahanan reman tersebut dibuat di Mahkamah Majistret Gemas di hadapan Majistret Siti Norsafida Hashim.

Majistret Siti Norsafida membenarkan tahanan ke atas Rashidi sehingga 13 Januari.

Rashidi, 34, direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan siasatan dijalankan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Permohonan untuk mendapatkan perintah tahanan reman itu dibuat oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tampin ASP Khairil Anuar Saidin.

Sejurus selepas itu, sepasukan polis kemudian membawa suspek terbabit ke tempat kejadian untuk mencari bahan bukti (sebilah pisau) yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek itu ditahan di stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur kira-kira 4 petang semalam.

Dia yang juga anggota keluarga mangsa ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan yang menghampirinya di stesen itu.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, Atan Daud, 90, yang merupakan bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam.

Mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan. - BERNAMA



-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.