MENJAWAB TULISAN AWANG SELAMAT DI MINGGUAN MALAYSIA

Teringat satu dialog dalam drama Nur Kasih.

Pada waktu itu, Adam menyalahkan Nur Aminah kerana menurut sahaja kehendak orang tuanya yang mahu mengahwinkan mereka.

Kata Nur Aminah : Salah saya ke?
Jawab Adam : Ya, salah awak..tahu tak! Sebab awak tak menolak!


Sesiapa yang pernah menonton drama ini tentu sudah tahu; siapa yang bersalah dalam hal itu, siapa yang ikhlas dalam menurut kata orang tua dan siapa yang benar-benar redha dengan takdir.

Jadi, apa yang Adam ungkapkan itu seperti meludah mukanya sendiri. Dia yang sepatutnya dipersalahkan kerana dia sendiri yang tidak berani untuk menolak perkahwinan yang diaturkan bapanya sendiri.

Hari ini saya terbaca tulisan Awang Selamat (Mingguan Malaysia) di The Malaysian Insider yang bertajuk ANGKARA SIAPA?

Tulisannya berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Kata penulis itu, mengapa larangan penggunaan perkataan Allah yang pernah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, boleh dicabar di mahkamah? Dan benarlah seperti kata Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Sarjana Islam, Profesor Dr Mahmood Zuhdi, semua ini terjadi berpunca daripada kelemahan dan perpecahan umat Islam.

Disebabkan perbalahan dan kebodohan berpolitik, Islam makin tergadai. Adalah sesuatu yang memalukan parti-parti Islam tidak boleh bersatu dalam menjamin survival Islam. [sumber asal]
Penulis yang menggunakan nama Awang Selamat itu cuba mengaitkan keputusan mahkamah itu dengan perpecahan politik umat Islam di negara ini sehingga pendakwah bukan Islam berani menuntut sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Bila membaca tulisannya itu, saya teringat dialog Nur Kasih tadi. Pada saya, Awang Selamat seperti Adam yang terpelajar tapi sebenarnya bodoh untuk membuat penilaian.

Mana mungkin fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengatasi perlembagaan Malaysia yang sekular? Bahkan mana-mana undang-undang yang didapati bercanggah dengan perlembagaan pun boleh dikira terbatal kerana perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara. Jadi, di mana letaknya kekuatan Majlis Fatwa dalam perlembagaan negara?

Takkanlah Awang Selamat yang terpelajar itu masih tidak tahu tentang perkara ini?

Keegoan Awang makin terserlah bila dia cuba menyalahkan pihak lain atas keputusan mahkamah itu. Kononnya, kekuatan Islam di negara ini terletak pada UMNO semata-mata. Biarpun dia tidak menyatakan perkara itu dengan jelas namun cara dia mengolah artikelnya itu sudah menampakkan maksud tersirat yang cuba disampaikannya.

Jika dipinjam dialog Adam, seperti Awang Selamat mahu menyatakan begini:

“Ya.. salah awak! Tahu Tak? Sebab awak tak menolak parti itu..”

Memang menyedihkan bila Awang yang mempunyai kolum di sebuah akhbar yang mempunyai ramai bilangan pembacanya tidak tahu menggunakan kesempatan itu untuk mengajak para pembacanya supaya bersatu agar perlembagaan negara ini dirombak semula untuk benar-benar memertabatkan kedudukan Islam di negara ini.

Mana-mana lubang kecil yang wujud dalam perlembagaan negara hendaklah ditutup serapat-rapatnya agar segala unsur yang boleh menggugat kepentingan Islam di negara ini tidak dapat menyelusup masuk melalui kekebalan perlembagaan negara.

Persoalannya kini, mengapakah parti Awang yang sudah memerintah negara ini sejak merdeka lagi masih lagi tidak berani untuk memertabatkan Undang-Undang Islam di negara ini?

Adakah mereka takut kehilangan kuasa jika menegakkan perkara itu? Adakah mereka tidak yakin bahawa kekuasaan sebenarnya datang dari keizinan Allah?

Jika anak sendiri pun mesti dipukul jika tidak bersembahyang bila mencapai usia 10 tahun, apakah yang perlu kita lakukan pada parti yang sudah lebih 50 tahun gagal menegakkan kedaulatan Islam di negara ini.

Fikir-fikirkanlah dan tontonlah video di bawah ini:









Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. xtau le nak kata ape,
    apakah ini tanda akhir zaman,
    rasa takut jugak nak melalui...
    jgnlah malaysia menjadi seperti negara2 islam lain yang semakin di aniaya...

    ReplyDelete
  2. UMNO bukan parti yang komited perjuangkan Islam. Sejarah telah membuktikannya. Bantahan mereka ini hanyalah lakonan saja. Sepatutnya setelah 52 tahun UMNO memerintah Malaysia dengan kuasa sentiasa majoriti di Parlimen, pula Raja2 Melayu sentiasa di pihak UMNO apalah susah sangat untuk perjuangkan satu perkataan ni.

    Tak tahulah jika Najib sengaja kalah kes semata2 mahu menggantikan kalimah Allah dengan perkataan 1Allah.

    ReplyDelete
  3. Cikgu Isza, terima kasih kerana selalu datang ke sini.

    Kembara Putih, idea 1Allah tu cam menarik je!

    ReplyDelete
  4. salam Puan:

    Tulisan Puan teramatnya sinis kepada mereka yang telunjuknya lurus kelingkingnya berkait. Wallahualam

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    tujuan kita lau nk menegakkan islam seelok nya jgn masukkan isu politik.. mmg kita negara demokrasi tp tahu kah kita?? politik itu sendri memecahkn umat islam sendri.. fahaman kita harus diperbetulkn.. bkn nk mengata.. wlau pn kita ahli ulamak sekalipn.. kita bukan maksum.. pahala.. dosa.. manusia.. bertambah dan berkurang.. sy nk ambil 1 petikan dr ulamak yg kita banggakn " kalau x sokong pas xleh msk syurga??? siapa kita nk tentukn syurga neraka seseorang.. jahilkah kita nie?? kalau parti politik seperti pas hanya pandai cakap x usah pikir pasal agama.. org lau nk politik pasal mempertahankn agama.. harus tetap pendrian tentang agama.. sy kesil ngn sikap parti ini mempolitikkn agama demi kepentingan dri sendri..
    tp wlubgai mana pn siapa sy yg dapat membetulkn org lain.. hanya sekadar bingkisan dari hati yang terluka.. assalamualaikum

    ReplyDelete
  6. Kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah sementara kita masih punya kuasa. Nak sembuhkan penyakit bukan senang mungkin akan penuh dgn air mata.

    Tak perlu jadi cerdik pandai cukup dgn pejam mata dan renung dgn mata hati apa akan jadi masa depan. Contoh terdekatIndonesia. Allah is only for Malaysian Muslims.

    Salam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.