FOTO PEROMPAK DIBELASAH DAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP



PORT-AU-PRINCE - Sekumpulan lelaki dan kanak-kanak melihat mayat pencuri yang berdarah selepas dia dipukul oleh beberapa lelaki dengan kayu di Petionville, Port-au-Prince, Haiti.

Gambar itu yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan mayat lelaki tersebut berada dalam keadaan bogel sebelum dibakar.

Lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki selepas dia dituduh mencuri semasa penduduk Haiti berada dalam kelaparan untuk mencari makanan selepas banyak kedai dan pasar raya runtuh ekoran gampa bumi yang berlaku pada Selasa lalu.

Kumpulan-kumpulan bersenjata parang turut berkeliaran untuk mencari makanan manakala insiden bergaduh berebutkan makanan turut berlaku.

Kira-kira 4,000 banduan yang terlepas dari penjara yang runtuh akibat gempa bumi di Haiti kini berkeliaran di bandar raya tersebut.

Tentera Amerika Syarikat (AS) turut menggugurkan bantuan makanan di beberapa kawasan dari helikopter.

Gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter menyebabkan lebih 200,000 orang dilaporkan terkorban.

Setakat ini punca sebenar kematian akibat gempa bumi itu tidak diketahui. - Agensi/Kosmo










-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam,
    Jika berlaku di negara Islam, api keagamaan pasti dimainkan oleh agama tertentu dan pihak tertentu.
    Islam akan akan dilabelkan sebagai zalim...Tetapi sememangnya perbuatan ini memang zalim...

    ReplyDelete
  2. Tidak patat berlaku!

    ReplyDelete
  3. Betapa kejamnya hukuman manusia dari hukuman undang-undang Islam.Hukum Islam tidak membunuh orang yang mencuri tetapi hanya potong tangan.Tetapi sesetengah orang menganggap hukum Islam itu zalim.Sebenarnya manusia itu lebih zalim bila tiada undang-undang Islam.Allah tidak berlaku zalim kecuali manusia sendiri yang menzalimi dirinya sendiri.
    -setapa

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.