MASIH ADAKAH LAGI SEMANGAT JEBAT?


Jika dahulu Jebat dianggap sebagai penderhaka, tapi kini Jebat dianggap sebagai pembela kebenaran. Demi kebenaran, dia sanggup berjuang menentang arus. Kata-kata keramatnya “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” telah mencetus aliran pemikiran baru masyarakat Melayu pada ketika itu.

Malangnya pada ketika itu, tidak ada kemudahan internet, media cetak, media elektronik dan forum khusus untuk Jebat menyatakan pendiriannya. Akhirnya riwayat Jebat ditamatkan oleh insan yang diperjuangkan olehnya. Jika peristiwa itu berlaku pada zaman kini, tidak mustahil demontrasi besar-besaran bakal dicatatkan dalam buku ‘Sejarah Melayu’ karangan Tun Sri Lanang itu.

Ternyata percaturan Hang Tuah silap bila dia membunuh Jebat. Tuah sepatutnya membunuh orang-orang seperti Karma Wijaya kerana golongan itulah yang telah banyak menabur fitnah dan menghasut Sultan. Tuah sepatutnya berpadu tenaga dengan Jebat dan bersama-sama menghancurkan pengkhianat sebenar di negeri Melaka. Malangnya itu tidak terjadi.

Tuah gagal mempelajari sesuatu daripada tindakan Bendahara yang sanggup melanggar titah Raja demi membela kebenaran. Bendahara mengambil keputusan untuk menyembunyikan Tuah dan bukan membunuhnya. Jika benar prinsip Tuah hanya menjunjung titah raja, kenapa bila dirinya sendiri difitnah, Tuah akur juga pada kehendak Bendahara? Kenapa Tuah tidak mengajukan perbuatan Bendahara itu kepada Raja?

Akhirnya negeri Melaka yang masyhur itu dapat dihancurkan dengan mudah oleh penjajah. Karma Wijaya, Awi Dicu dan orang-orang yang seperangai dengannya telah menghancurkan kekuatan Melaka. Sehingga kini, orang-orang seperti Karma Wijaya dan Awi Dicu itu masih lagi wujud dalam topeng yang berbeza. Sudah tiba masanya semangat Jebat dikembalikan semula. [sumber]

Bacaan berkaitan:

Esok 5 Disember 2009 genap lah sebulan Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai siapa MB Perak yang sah di tangguhkan? Seingat aku, semasa 5 November 2009, Hakim pada hari itu berkeras hendak menamatkan perbicaraan pada hari itu juga walaupun hingga lewat petang pun xapa.

Tapi ditangguhkan juga akhirnya. Tapi kenapa sampai sekarang masih belum buat keputusan? Aku selaku rakyat negeri Perak mahukan MB yang benar2 sah, MB yang benar2 dan patut berada di Pentadbiran Negeri Perak ini. Aku Pasti ramai lagi rakyat Perak termasuk pengundi atas pagar yang berfikiran sebegini. Yang akan menyokong MB Haram sekarang ni, hanyalah ahli2 setia UMNO sahaja.

Tidakkah Mahkamah Persekutuan merasakan kes ini terlalu besar untuk ditangguhkan begitu lama. Dan cukup besar kesannya andai keputusan yang salah dibuat. Ia akan melibatkan banyak kesan yang buruk andai terlalu lama di tangguhkan. Kerajaan di Perak sekarang ini umpama terumbang ambing selagi MB yang sah belum diputuskan. Pelabur2 susah nak membuat keputusan untuk melabur di negeri Perak tercinta kami. Dan kami rakyat Perak akan menerima kesan dan tempiasnya.

Salah satu kesan sudah kelihatan, PAFA atau Persatuan Bola Sepak Perak. Berlaku paksa memaksa untuk presiden yang asal melepaskan jawatannya, sedangkan ia telah dipilih secara sah melaui AGM. Dan kerajaan perampas xmahu memberi kerjasama pada awalnya untuk membantu sehingga lah pada saat2 terakhir baru hendak membantu.. Tidakkah Terumbang ambing salah satu organisasi milik kerajaan dan negeri Perak? Pemain-pemain mula membawa diri kerana situasi yang tidak menentu ini.

Banyak lagi yang boleh berlaku seandainya keputusan siapa MB yang sah terus ditangguhkan. KAMI RAKYAT PERAK MOHON MAHKAMAH PERSEKUTUAN SUAPAYA CEPAT DAN TEPAT DALAM MENILAI SEBAIK2NYA KES INI SUPAYA KEPUTUSANNYA DAPAT SEGERA DIUMUMKAN.Hakim2, beringatlah.. Job Position anda sudah diterangkan oleh Allah. Sebelah kaki hakim itu berada dineraka dan sebelah lagi di syurga.. Andai betul dan adil keputusan kamu.. Insyaallah, Allah akan memelihara pekerjaan dan diri kamu dan rakyat akan mendoakan kamu semua hakim2 yang adil itu. [sumber asal]

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Salam. Hakim kini semangat tuah pun tiada jauh lagilah nak dapatkan semangat jebat.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.