Beratus-ratus penduduk Palestin dan jemaah beragama Kristian semalam meraikan Hari Krismas di sini, iaitu tempat kelahiran Nabi Isa menurut kepercayaan penganut Kristian.
Mereka berdoa supaya keamanan kembali melimpah di wilayah bergolak itu, seiring dengan harapan gereja Vatican.
Penganut-penganut Kristian itu yang kebanyakannya penduduk tempatan memenuhi sebuah gereja yang dibina berhampiran sebuah gua kecil di mana Nabi Isa dipercayai dilahirkan.
"Ia seperti satu perhimpunan sebuah keluarga besar," kata Jonathan Croy iaitu seorang pemuzik berumur 24 tahun dari Alabama, Amerika Syarikat yang kali pertama melawat Baitulaham.
Pertempuran antara tentera Israel dan pejuang Palestin di kawasan tersebut berkurangan dengan mendadak berbanding tahun sebelumnya, tetapi tembok batu yang memisahkan kawasan Israel dengan penduduk Palestin di sini merupakan peringatan bahawa persengketaan masih belum berakhir. - AP[Kosmo]
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.