BILA PEMIMPIN KOMUNIS DISAMBUT KARPET MERAH…


Semalam, Hu Jintao yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China menjejakkan kakinya ke bumi Melaka. Kehadirannya ke Melaka telah mendapat sambutan ‘karpet merah’.

Ironinya, di negara ini isu komunis sering dimainkan oleh parti-parti politik dan dikaitkan dengan perbalahan kaum. Anda boleh bacanya [di sini] dan juga [di sini] kerana bukan isu itu yang ingin saya perkatakan di sini.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah mengenai keinginan Hu Jintao untuk melawat Melaka.

Saya difahamkan, beliau sendiri yang meminta untuk melawat Melaka kerana negeri ini banyak menyimpan khazanah silam tentang hubungan China dan Malaysia.

Sebagai anak Melaka yang berketurunan Baba & Nyonya (Peranakan), saya turut menumpang gembira kerana beliau telah memilih Muzium Baba & Nyonya sebagai destinasi utama untuk rangka lawatannya ke Malaysia sebelum menghadiri Sidang APEC di Singapura.

Lebih menarik lagi, busana yang diilhamkan dari budaya “Peranakan” telah menjadi busana rasmi untuk sidang APEC yang akan diadakan nanti.



Kalau anda ingin mengenali budaya Baba & Nyonya, anda boleh menonton siri “The Litle Nyonya” yang kini sedang ditayangkan di NTV7 (Isnin -Jumaat) pada jam 6.00 petang.




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Salam,

    bagi UMNO hanya Chin Peng dan sekutunya dalam negara yang tidak boleh sesekali disambut dengan karpet merah tetapi pemimpin komunis yang ada di dunia selain 1Malaysia adalah dialu-alukan kerana 'mungkin' mereka KOMUNIS yang BAIK???

    ReplyDelete
  2. menyambutnya dengan cara seumpama itu mungkin juga saya rasakan tidak lebih sekadar menghormati seorang pemimpin...kita harus belajar dari sejarah, tetapi jangan sesekali membenci mereka yang sekarang...kini, semua sudah berubah..dan kita harus cuba menjadi lebih abik dari mereka

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.