[BAHAGIAN 1]
Kali pertama saya teruja untuk mengenali ‘apa itu PAS’ adalah selepas mendengar hujah daripada seorang lelaki misteri. Peristiwa ini berlaku beberapa tahun dahulu.
Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan sekelas sedang melepak di atas jambatan Pulau Melaka yang masih dalam pembinaan. Tiba-tiba, lelaki misteri ini mendekati kumpulan kami dan terus mencelah perbualan kami.
Saya perhatikan sahaja lelaki misteri itu sambil mendengar kata-katanya. Pakaiannya agak kemas dan ada tanda ‘hitam’ pada dahinya. Dalam hati saya berkata, “mungkin lelaki ni sedang bertabligh di sini.”
Rupa-rupanya, telahan saya salah. Lelaki itu sedang memancing di situ dan dia datang ke tempat kami kerana bosan ‘memancing’.
Pada mulanya, saya dan rakan-rakan agak kurang selesa dengan kehadirannya. Tapi, lelaki itu memang pandai berborak dan kata-katanya agak berisi sehingga kami semua terus tertarik untuk bersoal-jawab dengannya.
Banyak topik yang kami bualkan pada masa itu. Antaranya tentang ‘modus operandi’ kumpulan tabligh kristian yang sedang bergiat aktif di Melaka pada waktu itu.
Kata lelaki itu, ada sekumpulan wanita mubaligh Kristian yang datang dari Korea sedang mencari mangsa di sini. Mereka ini muda dan cantik. Pakaian dan penampilan mereka seperti pelancong dan tiada siapapun yang boleh mengecam mereka sebagai mubaligh Kristian.
Modus operasi mereka adalah mendekati lelaki tempatan dan berlagak seolah-olah mereka ini suka berkawan dengan lelaki tempatan itu.
Dipendekkan cerita, ada lelaki tempatan yang lemah imannya telah tergoda dengan pujuk rayu gadis Korea ini sehingga sanggup menemankan gadis tersebut ke gereja-gereja yang terdapat di negeri Melaka.
Pada mulanya, lelaki ini bertindak sebagai peneman atau ‘pemandu pelancong’ sahaja, namun lama-kelamaan, mereka mula tertarik dengan ajaran Kristian setelah pemikiran mereka diracun oleh gadis tersebut.
“Sekarang ni, ada 2 orang lelaki yang sedang ‘berubat’ dengan Ustaz yang mengajar agama kat surau [yang dirahsiakan namanya di sini]. 2 orang lelaki ni kawan baik dan mereka ni sama-sama terkena bila dah ‘gelap mata’ lepas dapat awek Korea. Jadi, korang semua ni kena jaga-jagalah..” cerita lelaki misteri itu.
Selepas itu, perbualan kami berkisar pula tentang cerita politik. Kebetulan, PAS sedang memerintah Terengganu dan lelaki itu begitu seronok bercerita tentang kejayaan PAS di Terengganu dan juga Kelantan.
“Abang ni orang PAS ke?” tanya kawan saya.
“Kau orang BN ke?” balas lelaki itu pada kawan saya.
“Saya ni tak joint politik bang. Setakat dengar-dengar je.” jawab kawan saya.
“Saya dulu pun macam tu jugak. Dulu saya sokong BN. Tapi, lepas Anwar kena buang, saya dah tak sokong BN. Bila dah selalu pergi usrah pulak, saya terus masuk PAS... ” ujar lelaki itu.
“Kenapa pulak?” tanya saya.
“Ok, apa hukumnya kalau kita tolak satu ayat atau satu huruf daripada Al-Quran?” kata lelaki itu.
“Berdosalah..” jawab kawan saya.
“Bukan setakat berdosa je. Boleh gugur iman kita sebab Al-Quran tu termasuk dalam Rukun Iman.” kata lelaki itu.
“Hudud tu suruhan siapa? Ada dalam Quran kan? Kalau pemerintah kita dah terang-terang tolak hudud, tak ke sama je dengan dosa menolak ayat Quran? Hah.. macam mana nak cerita tu? sambungnya lagi.
Sejujurnya, tahap pemahaman saya tentang Islam pada masa tu memang pada tahap ‘tadika’. Jadi, saya tak berani nak ulas apa-apa yang dicakapkan oleh lelaki misteri itu.
Namun, perbualan itulah yang telah meninggalkan kesan pada diri saya untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan PAS sehingga saya terbaca kisah Tuan Guru Nik Aziz yang kebetulan tinggal di Pulau Melaka, Kelantan.
Bersambung…
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.