TAJOL ROSLI SAMAN MB PERAK


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali melalui firma guaman, Shafee & Co. telah mengemukakan surat tuntutan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam.

Turut menerima surat tuntutan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.

Tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan media kedua-dua pemimpin kanan kerajaan negeri Perak itu yang mengaitkan Mohd. Tajol Rosli terlibat dalam konspirasi politik berkenaan kes penangkapan dua exco kerajaan negeri ini oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak pada Ogos lalu.

Mohammad Nizar dan Koo Ham juga mendakwa tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu sebagai salah satu usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya berlaku pada 31 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan mereka yang disifatkan berniat jahat dan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai ahli politik.

Menerusi surat tuntutan itu, Mohd. Tajol Rosli menghendaki Mohammad Nizar dan Koo Ham menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepadanya dalam masa tujuh hari atau tindakan undang-undang bakal diambil.

Sumber : Kosmo

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.