Pendedahan Sofi Wahab atau lebih dikenali sebagai Mmutaligat di kalangan ‘bloggers’ tentang isu kerosakan Menara Tamingsari Melaka mendapat liputan dari Malaysiakini.
Husni yang bertugas sebagai Pengurus Jualan & Pemasaran Menara Taming Sari menafikan dakwaan mercu tanda terbaru Melaka bernilai RM23 juta itu mengalami kerosakan menyebabkan operasinya terpaksa dihentikan beberapa kali.
Sebaliknya penutupan menara itu, kali terakhir 29 dan 30 Oktober lalu, didakwa sebahagian "prosedur biasa penyelenggaraan bangunan" untuk memastikannya dapat beroperasi dengan baik.
“Saya kecewa pihak yang mendakwa tidak menghubungi saya (untuk bertanyakan hal sebenar).” kata Husni yang dipetik dari Malaysiakini.
Sofi dalam tulisannya [di sini] pada 31 Oktober memberitahu :
“Menurutnya cerita sahabat saya, kerosakan yang berlaku hari ini bukan kali pertama malah sudah beberapa kali ianya ditutup tidak boleh dinaiki oleh manusia. Dakwaan sahabat saya ini bukannya tuduhan atau tohmahan tetapi ianya dibuktikan apabila beliau menelefon pihak pengurusan menara tentang statusnya hari ini. Pihak pengurusan menara memaklumkan memang benar menara tersebut rosak hari ini.'Confirm' rosak.”
“Pelik! Menara yang baru berumur 6 bulan lebih itu sudah rosak walaupun ianya baru beroperasi kurang dari setahun. Apa masalahnya ini?”
Setakat ini, Sofi belum lagi mengulas penjelasan Husni yang tersiar di Malaysiakini itu.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
1 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
sofi kena minta maaf.. tuduhan melulu macam ni boleh bawak kepada fitnah. Ustaz pas tak ajar ke???
ReplyDeleteaku memang tak gemar sangat baca blog sofi ni.. semua benda pun nak link malaysiakini.. tak ada kaitan pun link malaysiakini..