RAFIAH CERITA CELAH KANGKANG?


Malaysiakini melaporkan, bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mendakwa wujudnya prasangka jantina oleh kerajaan terhadap ahli-ahli akademik tempatan ekoran kontroversi selepas perkhidmatannya tidak disambung.

Sebagai wanita pertama dilantik sebagai naib canselor di negara ini, kontrak Rafiah tidak disambung dan beliau hanya dimaklumkan mengenai keputusan itu 48 jam sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

Beliau dilantik menerajui UM pada bulan Mei 2006.

"Hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu di celah kangkang, maka kita tidak bagus," kata Rafiah kepada Malaysiakini di pejabat barunya di UM hari ini.

Bekas-bekas naib canselor UM - universiti tertua di negara ini - biasanya disediakan premis pejabat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Rafiah berkata ia amat menyedihkan kerana ada kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengajian tinggi dan "anda mengharap mereka bersikap lebih liberal dan maju dalam pemikiran mereka".

Rafiah, 61, adalah bekas pensyarah undang-undang dan bekas penolong gabenor Bank Negara.

Ditanya mengenai dakwaannya tentang berlakunya prasangka jantina itu, Rafiah berkata beliau mendapat baru-baru ini bahawa naib canselor wanita diberi kontrak perkhidmatan selama dua tahun, sedangkan naib canselor lelaki mendapat kontrak tiga tahun.

Ini termasuk kontrak perkhidmatan penggantinya, Prof Dr Ghauth Jasmon.

"Tidakkah ini [menunjukkan mereka] lebih yakin dengan lelaki berbanding dengan wanita," soalnya.




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Salam,

    Masalahnya ialah kedudukan UM tidak meningkat dalam ranking universiti di dunia selepas Rafiah jadi NC univesiti itu. Jadi apa kelebihan seorang NC wanita?

    Di sebuah universiti lain, yang wanita jadi NC-nya, apa yang dilakukan oleh NC wanita itu adalah melantik seberapa banyak dekan dan ketua jabatan dari kalangan ahli akademik wanita. Tapi kedudukan universiti itu tidak juga meningkat dalam ranking universiti di dunia.

    Melantik dekan dan ketua jabatan wanita secara besar-besaran itu juga, saya rasa menunjukkan ketidakadilan seorang ahli akademik wanita, apabila dilantik menjadi peneraju sebuah universiti!

    ReplyDelete
  2. he he gelak pun ada.. aper sangkut paut celah kankang dengan maju mundur universiti. yang aku tau guru kencing berdiri anak murid kencing bertaburan...he he he

    apa kata nak adil cari khunsa lah tadbir u mana mana. nak komen tak syok lah...macam cerita di kedai kopi plak...ok salam

    ReplyDelete
  3. Apa benda tu?

    Rangking bergantung pada benda tu ke?

    ReplyDelete
  4. salam,

    kenapa manusia hari ni sukar menerima kenyataan..?

    jangan fikir kita bagus... kalau kita tak diperlukan, bermakna ada org lain lagi yg lebih bagus..! kenapa perlu dipersoalkan..?
    bermuhasabah diri dan tanyalah diri sendiri.

    Bagi saya, bukan soal gender, tp soal siapa yg layak dan mampu buat kerja. itu yg teramat penting..!

    ReplyDelete
  5. Saya rasa beliau sedang emosional ketika mengeluarkan ayat2 tu. Tapi saya setuju dgn Al-Bima Sakti, mengapa ada org tidak mahu mengaku yang tahap kebagusan dia dah menurun, maka utk menjaga imej UM, dia digantikan dgn org lain.

    Nobody is forever perfect.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak silap saya, Pak Lah lantik dia jadi NC pun sebab dia wanita. Masa tu Pak Lah memang kemaruk nak letak wanita jadi pemimpin kerana nak dunia melabelkan Malaysia sebuah negara yang liberal sesuai dengan Islam Hadhari tajaannya.
    Kalau nak harapkan meritokrasi, dia mungkin tak boleh berada di situ. Setandingkah dia dengan Prof Ungku Aziz?

    ReplyDelete
  7. Kalau dia dah kaitkan celah kangkang dia dengan tak dapat sambung kontrak NC, itu sudah menunjukkan personaliti dia yang memang tak layak jadi NC UM. Mungkin perkara lain juga teruk tu.

    Apala cerita pasal kangkang pulak. hih!! Apa kata org cerita pasal celah kangkang Aflah pulak, ha.... tak rosak ke personaliti tu.

    ReplyDelete
  8. Laaaaahh...sungguh tidak sopan Rafiah mempertikaikan apa yang ada dicelah kangkang. Kan itu private matter beb.

    The crux of the matter is Rafiah is just not good enough. Listen to her interview and the way she speaks. Tak ada gaya langsung..and compare her to Prof. Engku Aziz.

    Salah satu tanggungjawab VC ialah untok menaikan rangking U supaya ia dapat besaing dengan U terkemuka didunia. UM at one time was amoing the top..punya la susah nak masok UM. Cream of the cream saja yang masok. Masa Engku Aziz jadi VC, orang orang respect pada graduan UM, they were even head-hunted for jobs when they were still in final year.

    Apa sudah jadi sekarang.

    Hisam Rais kata this is an implication of UM not practising meritocracy and l agree with him.

    Rafiah..it's not about gender or what is hanging below the belly button. It's also not about skin colour, it all about ability.

    ReplyDelete
  9. makan gaji dengan orang ni macam tu lah,,,,nak merepek sampai celah kangkang buat apa,,,,

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.