PUSINGAN PERTAMA SUDAH SELESAI

Dalam entri saya bertarikh 11 November 2008 yang bertajuk "Mana suara pemimpin PAS", respon yang diberikan oleh pengunjung blog ini amat baik sekali. Isu tersebut telahpun dipanjangkan ke blog lain dan saya amat bersyukur kerana masih ada lagi pihak-pihak yang sangat prihatin dengan masalah yang sedang dihadapi oleh Islam pada waktu ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Hari ini, media arus perdana telah menyiarkan kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz bagi melengkapkan bantahan umat Islam terhadap penganjuran demontrasi anti-fatwa yang didalangi kumpulan Katagender dan FoodnotBombs beberapa hari yang lalu serta kenyataan yang menghina keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Woman Aid Organisation dan Sister In Islam sebelum ini.

*******

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan peringatan keras kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Menteri Besar Kelantan itu turut menyifatkan pihak terbabit cuba melawan perintah Tuhan dan mencabuli asas syariat Islam.

"Majlis Fatwa ni keluarkan hukum berlandaskan Al-Quran dan Hadis dan Al-Quran itu datang daripada Allah. Allah yang cipta manusia dan alam dan dia tentukan hukum untuk manusia.

"Siapa kita ni sampai nak lawan dia (Allah). Handal sangat kita nak lawan Allah?," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan restoran London Fish Tales di sini hari ini.

Beliau mengulas NGO bukan Islam mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau "pengkid".

Baru-baru ini, NGO tersebut, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bagi membantah keputusan majlis itu mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau "pengkid" kerana gejala tersebut di kalangan remaja perempuan Islam di negara ini semakin membimbangkan.

Nik Abdul Aziz berkata beliau meminta mana-mana pihak tanpa mengira NGO Islam atau bukan Islam agar tidak campur tangan mengenai fatwa yang telah dikeluarkan. Malahan beliau kesal dengan orang perempuan Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka sehingga terlibat dalam gejala pengkid itu. "Mereka merupakan benih. Apabila orang Islam tidak hidup mengikut cara Islam jadi orang bukan Islam mula berani kata depan kita," katanya. BERNAMA

Nur Aflah:

"Pusingan pertama untuk membantah perlakuan menghina keputusan fatwa sudahpun dilakukan. Pusingan seterusnya yang lebih getir lagi adalah untuk menonjolkan keindahan dan keharmonian ajaran Islam. Semoga kita semua akan terus komited untuk mempertahankan kedudukan dan kesucian Islam di negara ini."

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Majlis Fatwa Kebangsaan disokong mengeluarkan fatwa, tetapi fatwa tinggal fatwa, bila Big Boss 'batuk' je semua diam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah...semuanya telah bersuara...w/pun bukan tok guru.......sepatutnya turut dihighlihghtkan dalam posting sdri.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Untuk pengetahuan Adibeta, sebelum ini saya telah highlightkan perkara tersebut dalam posting di bawah :
    KLIK DI SINI

    ReplyDelete
  4. Mohon laluan Pn. Aflah, izinkan sy selitkan posting sy mengenai perkara ini. TQ.

    http://al-brangi.blogspot.com/2008/11/macamana-jabatan-agama.html

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.