NAJIB DAH HAPUSKAN HAK BUMIPUTRA?
Najib telah memutuskan untuk membenarkan syarikat yang mempunyai penyertaan ekuiti bumiputera yang kurang 30 peratus untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kelonggaran yang berkuatkuasa serta-merta itu diberi bagi memastikan pasaran modal di Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan jelas beliau, harus melalui beberapa langkah dan syarat tertentu serta perlu melalui proses semak semula.
Beliau berkata demikian kepada [pemberita] ketika membuat lawatan ke Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.
Sebelum ini, MCA telah mencadangkan agar 30% kuota bumiputra dalam pemilikan ekuiti bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikaji semula.
Cadangan tersebut telah mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin UMNO yang menganggap cadangan MCA itu sebagai melampau serta bertentangan dengan semangat DEB yang mahu membantu kaum bumiputra di negara ini.
Bagaimanapun, Najib sebelum ini yang telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 5 billion kepada Valuecap atas alasan meningkatkan kembali nilai pasaran saham di negara ini telah membuat kenyataan terbuka untuk menghapuskan DEB secara beransur-ansur, selaras dengan dasar liberalisasi yang ingin diperkenalkannya.
Tindakan Najib itu telah mendapat reaksi daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mula bimbang peranan ‘budak tingkat 4’ Najib dan meminta Najib berhati-hati agar dana besar yang dimiliki oleh KWSP tidak dimanipulasikan oleh ‘pihak-pihak’ yang tidak bertanggungjawab.
Sejak Najib dilantik sebagai Menteri Kewangan melalui pelan peralihan kuasa yang dicadangkan Abdullah Badawi, beberapa tindakan yang diambilnya telah menimbulkan kontroversi seperti harga tender pembelian Eurocopter, pinjaman RM 5 billion kepada Valuecap dan juga pengurniaan tender terus broadband kepada TM.
Keputusan Najib untuk memberikan kelonggaran ke atas syarat pemilikan ekuiti Bumiputra hari ini dilihat sebagai taktik terbarunya untuk mendapatkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu selain menggalakkan syarikat-syarikat baru disenaraikan di Bursa Malaysia.
Berita dan ulasan penuh akan menyusul kemudian.
Salam,
ReplyDeleteBarangkali memang sudah menjadi "kemestian politik" untuk UMNO bersikap lebih liberal berbanding dengan masa yang lalu, jika ia mahu mendapatkan semula sokongan orang-orang bukan Melayu.
UMNO tidak mungkin berbalik ke belakang dengan menjadi parti yang lebih memberi perhatian kepada kepentingan dan hak orang Melayu, kerana itu adalah jalan untuk "membunuh diri".
Salam Aflah,
ReplyDeleteMana suara gagah ahli UMNO??? Pi mana? Hilang mana? Sengap, senyap, sunyi, sepi, muflis ke????
Inilah bezanya politik Malaysia, apabila pembangkang bersuara maka ia dikatakan menghakis, mengikis, mengasid, mencalar, mencabar,menjatuhkan, menghilangkan HAK & KETUANAN MELAYU!!!!!!! tetapi apabila pemimpin agung mereka bersuara..apa komennya..sudah tiba masa untuk kita lebih liberal terutama dalam menjalani kehidupan di Malaysia yang mempunyai rakyat yang majmuk...berbilang kaum..kita kena juga menghormati hak2 bangsa lain barulah perpaduan dan kesefahaman dapat dijalin demi mencapai wawasan negara...
hampeh!!!!
thx!
Entri kamu kali ini cuma retorik semata-mata.
ReplyDeleteJika dibandingkan, Anwar Ibrahim telahpun menjual bangsanya sendiri. Takkan tak sedar lagi, asik nak mencari salah orang lain semata-mata. tapi apa yang Anwar buat walaupun salah asik diagung-agungkan.
Anwar hampir menjual bangsa dan negara pada tahun 1997-98. Janganlah nak cuba-cuba menafikan fakta ini pulak.
Aflah, walaupun kamu taksub pada Anwar, janganlah butakan mata kamu.
salam..sebagai saudara yg masih berada ditengah x2 la..tak BN or PKR..boleh bagi bukti kukuh tak apakah yg dibuat oleh saudara anwar (DSAI) yg ko kata TELAH MENJUAL BANGSA SENDIRI TU..?? atau ko terpengaruh dengan UTUSAN MALAYSIA..?? BUKTI JE..kalo katakan IMF punya pasai ekk..tembelang sudah diketahui.. UNMO(BN) sendiri pun masih duk tagih pada IMF..kalo tak takan hutang negara sampai 250++ bilion..?? kalo katakan pasai berkongsian kuasa dalam pakatan rakyat..kita sudah sedia maklum bilangan org melayu(islam) kat malaysia nii tak sampai pun 50%..!!
ReplyDeletekatakan pada 2007 65% adalah bumiputra..ko ingat 65% tu melayu ke..?? 65% tu termasuklah kaum iban ,kadazan, org asli..dan lelain kaum bumiputra yg lain.. janganlah terlalu yakin akan ketuanan melayu yg dicanang oleh UMNO apabila depa kalah..ekeke..!! aku pun melayu tapi aku yakin MALAYSIA akan lebih aman dan makmur jika kita hidup tanpa memilih perkauman..UBAH pemikiran perkauman yg sangat sempit sebab melayu tak cakup utk berdiri tanpa sokongan kaum x2 yg lain..
he he hee..betui tu..aku da lama beralih ke PKR..yg kau duk masih kat tengah x2 tu buat apa lagi weh..?? hanya org pekan dan buat jek boleh duk bawah ketiak BN..koh koh kohh..orang BN sekadar membaca text & menyain CEK je laa..buat kajian malas lak tu..tgk kat parlimen ari tu pun da cukup utk kenai sape yg buat keje sape yg duk menanguk jek..ade ke perbahasan baget..pi letak tambahan pulak..?? lepas tu huraian lengkap takde..!! duk cerita jek..aku pun boleh jadi Menteri kewangan macam tu.. bukan susah..upah dak kassim selamat tulis text..aku duk baca je laa..bab huraian punya pasai tak reti..kik kik kikk..umno o0o umno..sampai bila korang nak memperbodohkan org melayu wehh..?? dunia da berubah..!! kita wajib berubah utk anak & cucu kita..tak melayu hilang didunia walaupun umno tak berkuasa..yakin aku YAKIN..!!
ReplyDelete