MUKHRIZ: SAYA TOLAK JAWATAN KERAJAAN KALAU MENANG KETUA PEMUDA


Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tetap dengan pendiriannya untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya diberi mandat sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini saya telah umumkan kalau boleh saya tidak berminat memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya diberi mandat untuk menjadi Ketua Pemuda Umno sebab kerja politik kita dalam tempoh waktu empat tahun menjelang pilihan raya umum ke-13 ini penting dan saya tidak mahu dialih perhatian dengan tugastugas rasmi kerajaan daripada tugas yang saya ingat jauh lebih penting pada masa ini iaitu tanggungjawab untuk meyakinkan semula rakyat terhadap parti kerajaan," katanya.

"Saya kira walaupun saya anggota Parlimen dan biasanya jawatan penting dalam kerajaan dipilih dari kalangan anggota Parlimen saya rasa biar dulu lah kot," katanya dalam sidang akhbar sempena taklimat Anugerah Francais Malaysia 2008 di sini hari ini.

Mukriz ialah Pengerusi Persatuan Francais Malaysia.

Mengulas amalan rasuah, Mukhriz berkata, proses pemilihan parti sepatutnya memberi kekuatan kepada parti.

"Kalau ada amalanamalan dalam proses pemilihan ini yang sebenarnya melemahkan parti, ini akan menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap Umno, katanya.

Beliau berkata, Umno mesti mengambil satu tindakan yang meyakinkan semula rakyat kepada parti iaitu dengan melakukan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Sumber : Bernama

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.