KERAJAAN TIDAK IKHLAS?
Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mahu diskaun tol 10 peratus untuk kereta persendirian di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite dilanjutkan sepanjang hari dan bukannya hanya dari 12 tengah malam hingga 7 pagi.
Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, potongan tol itu juga perlu diperluas kepada semua jenis kenderaan termasuk lori dan bukan hanya terhad kepada kereta persendirian.
"Kenapa kita perlu menggalakkan orang ramai menggunakan lebuh raya pada tengah malam sehingga 7 pagi...adakah anda nak beritahu, lebuh raya selamat digunakan pada tengah malam berbanding siang hari?" katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen semalam.
Tiong berkata banyak maklum balas diterima daripada orang ramai yang melahirkan rasa kecewa kerana mereka merasakan kerajaan tidak ikhlas dalam memberikan diskaun itu.
Sumber: Bernama
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Kita tengok pula apa reaksi kerajaan...
ReplyDeletebahasa isyaratnya...akn ada penurunan...insyaallah, biasa lah nak turun ada hint hint dulu....strategi saraf. kalau ikut isu isu yang lepas ...aku rasa penurunan akan berlaku. so wait n c. lumrah lah pendekatan tak kira apa organisasi hatta dalam kelurga sekalipun...ada juga ada bahasa isyarat yang tersirat apabila sesuatu perkara akan di laksanakan.
ReplyDeletekan lebih senang bukan diskaun yang diberi tapi pengumuman pengurangan sebayak 10% dari jumlah asal tak kira waktu... bagi semua jenis kenderaan..
ReplyDeleteMacam ada main tarik-tarik tali lak.. kan ni..
Salam,
ReplyDeleteBagi kebanyakan orang, pukul 12 malam hingga 7 pagi ialah waktu tidur. Jadi pemberian diskaun itu memang nampak tidak ikhlas, kerana hanya akan dinikmati oleh satu golongan kecil yang sanggup berjalan malam saja.