"Untuk kembali semula kepada suami pertama jauh sekali, untuk bersama suami kedua, mahkamah pula larang, saya celaru dan sangat-sangat tertekan," kata Shanum Shaari, 35, wanita yang mempunyai dua suami dan diperintah oleh mahkamah dua hari lepas berpisah dengan suaminya keduanya.
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Rawa, Sedim di sini, suri rumah itu menceritakan kepada Bernama apa yang sebenar berlaku sebelum Hakim Syarie Mohd Roze Abdul Wahab memerintahkan beliau berpisah dengan Syarif Jasin, 48, bagi mengelak mereka melakukan perkara yang ditegah oleh hukum syarak.
Mahkamah membuat keputusan itu setelah menerima permohonan rayuan suami pertama Shanum, Amir Affandy Zakaria, 39, agar mahkamah mengeluarkan perintah mufaraqah atau memisahkan Shanum dengan Syarif yang bernikah di Yala, Thailand, pada tahun 2005.
Dalam temubual itu, Shanum berkata beliau berharap kisah hidupnya akan menjadi teladan kepada semua wanita di negara ini.
Shanum memulakan alam perkahwinan seawal usia 19 tahun dengan Amir Affandy dan setelah mereka dikurniakan enam orang anak, pasangan bercerai dua kali iaitu pada tahun 1996 dan 1997.
Bagaimanapun, selepas perceraian kedua mereka, Amir Affandy menganggap beliau telah merujuk kembali dengan Shanum berdasarkan surat rujuk bertarikh 27 Okt 1997 yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Baling.
Namun begitu, Shanum enggan menerima semula Amir Affandy kerana telah serik untuk hidup bersama suaminya itu. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Rawa di sini manakala keenam-enam anaknya diambil oleh suaminya.
Setelah lapan tahun mereka tinggal berasingan, Shanum menganggap dirinya sebagai ibu tunggal dan berkahwin dengan lelaki lain.
Shanum berkata setelah berkali-kali berulang alik ke Pejabat Agama Daerah Baling untuk mendapatkan surat cerai, akhirnya seorang pegawai di situ memberitahunya surat cerainya mungkin telah hilang akibat banjir.
Kerana menganggap dirinya sudah diceraikan, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk bernikah dengan Syarif di Thailand, dan hasil perkongsian hidup dengan suami barunya itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan yang kini berusia dua tahun dan setahun.
Apabila Amir Affendy, yang juga telah berkahwin lain, mengetahui bahawa Shanum berkahwin lain, beliau mengambil tindakan undang-undang untuk mengisytiharkan perkahiwanan Shanum sebagai tidak sah kerana wanita itu masih lagi isterinya yang sah.
Beliau kemudiannya membawa kes tuntutan untuk membatalkan perkahwinan Shanum dengan Syarif itu di Mahkamah Syariah Sungai Petani tetapi mahkamah itu menolak permohonan itu.
Amir Affandy kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah di Alor Star dengan mengemukakan surat rujuk oleh Mahkamah Syariah Baling. Mahkamah itu kemudiannya memutuskan bahawa daftar rujuk itu adalah sah.
Dimanakah silapnya Shanum?
Secara teknikalnya Shanum melakukan kesilapan kerana tidak membuat tuntutan fasakh terhadap Amir Affandy sebelum beliau berkahwin lain tetapi beliau mempunyai alasan tersendiri kenapa tidak berbuat demikian.
Shanum berkata, selama lapan tahun beliau tidak pernah mendapat sebarang surat atau keterangan mengatakan bahawa beliau telah dirujuk kali kedua.
"Saya kesal kerana Pejabat Agama Daerah Baling yang tidak memaklumkan kepada saya atau imam Masjid Sedim bahawa saya telah dirujuk kembali selepas bercerai kali kedua," katanya.
Shanum berkata beliau terkejut kerana, selepas bernikah dengan Syarif berwalikan abangnya sendiri, tiba-tiba keluar berita dalam akhbar kononnya beliau masih isteri orang.
Shanum berkata bahawa setelah meneliti surat rujuk yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Baling yang diberikan kepadanya baru-baru ini, beliau mendapati ia tidak mempunyai tandatangannya.
Dalam keadaan sekarang, apakah yang harus dilakukan oleh Shanum?
Shanum berkata beliau kebingungan dan rasa bersalah terhadap Syarif dan dua anak mereka yang masih kecil.
"Buat masa ini, saya terpaksa akur dengan perintah Mahkamah, dan suami saya juga begitu tertekan dan sedih kerana terpaksa berpisah," katanya.
Shanum dan Syarif membuat keputusan untuk menggunakan khidmat peguam supaya perkahwinan mereka diiktiraf sah bagi membela masa depan anak-anak yang tidak bersalah.
"Saya juga bercadang mengambil tindakan undang undang terhadap Pejabat Agama Daerah Baling dan Majlis Agama Islam negeri Kedah yang menjadi punca saya didakwa bersuami dua," katanya.
Syarif berharap bahawa daripada apa yang berlaku kepada mereka, semua pihak dapat mengambil iktibar bahawa soal nikah dan cerai tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak termasuk Pejabat Agama Islam sendiri.
Sumber : Bernama
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
6 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
"Saya juga bercadang mengambil tindakan undang undang terhadap Pejabat Agama Daerah Baling dan Majlis Agama Islam negeri Kedah yang menjadi punca saya didakwa bersuami dua," katanya.
ReplyDeleteDI MALAYSIA INI SAMA JUGA DIMANA-MANA DAERAH,PASAL PEREMPUAN DIANAK TIRIKAN. DAN DIPERMAIN OLEH SANG KELEBAI PURA-PURA ALIM KEMUDIAN MEREKA INI AMBIL KESEMPATAN DIATAS KESUSUHAN ORANG LAIN.
ADA YANG TERPAKSA KAHWIN DI THAI LAND.YANG SUSAHNYA PEREMPUAN JUGA
SEBAB SI LELAKI INI TIDAK MAHU DAFTAR SEMULA.SEBAB SUDAH DAPAT...
PENYEDAP.
ORG LELAKI INI-ADALAH LELAKI UNDAL.
NIAT AWAL SUDAH TIDAK BAIK.
PEREMPUAN KENAPA IKUT.KENAPA DI THAILAND(KATA SAH,DENDA SAJA)ITU PASAL JADI BEGINI.
KITA ADA PEMERINTAH,KENA IKUTLAH PEMERINTAH.DISINILAH PERANAN MAJLIS FATWA .BUKAN NYA HENDAK PERTIKAIKAN SENAMAN YOGA,SEBAB ITU -HAK AGAMA HINDU.
TIDAK PERLU HENDAK PERTIKAI.KALAU BEGITU BANYAK FATWA AKAN DIKELUARKAN,MACAM-MACAM.
BERGITU JUGA FEN SHUI.iTU HAK ORANG CINA.
PERTINGKATKAN DANR OMBAK BALIK FUNGI MAJLIS AGAMA ISLAM SEBAB IANYA TIDAK DINAMIK.
1.E-PERATURAN AGAMA ISLAM.
2.WUJUDKAN PENGKALAN DATA(DATABASE).
3.SELARAHKAN UNDANG-UNDANG.
4.GUBAL UNDANG-UNDANG HUDUD.
5.BERIKAN KUASA KEPADA PEJABAT AGAMA UNTUK BERTINDAK KPD AMALAN RASUAH, POLITIK WANG,BERSAMA BPR -KETELUSAN.
JABATAN AGAMA ISLAM BOLEH BERTINDAK-PERLANTIKANITU MESTI TELUS
Salam,
ReplyDeleteDalam kes di atas,Shanom mungkin ada melakukan kesilapan.
Akan tetapi, yang jelas Pejabat Agama juga cuai atau gagal menyelesaikan kes tersebut dalam tempoh yang munasabah.
Mengapa pasangan tersebut dipisahkan setelah mendapat dua orang anak? Sungguh aneh sekali.
Nur Aflah,
ReplyDeleteCerita tentang rumahtangga orang memang seronok didengar apatah lagi ia berkaitan dengan sex.
Seorang perempuan bersuami dua sebenarnya biasa terjadi di Malaysia ini terutama dikalangan pendatang haram Indonesia, cuma tidak diwartakan kepihak umum.
Biasanya cerita bermula apabila suami dan isteri tidak ada persafahaman lagi untuk hidup bersama. Dan yang sedihnya, mereka tidak tahu menyelesaikan masaalah rumahtangganya kerana kurang faham tentang peraturan dan undang-undang perkawinan orang islam.
Bila buat keputusan sendiri tanpa merujuk dengan orang yang berilmu maka macam-macam pekara pelik akan berlaku.
bottom line nyer simple....ALLAH letak AMANAH kepada manusia terutama muslim. ALLAH anugerah otak untuk jadi alat mencari ilmu. jika semua faham apa itu AMANAH takkan terjadi seperkara begitu. dan ALLAH bagi otak untuk cari ilmu untuk menilai sesuatu perbuatan baik buruk ....tapi tak di gunakan maka timbul kecelaruan dari segi hukum dan tata tertib kehidupan...dan ALLAH bagi sumber ilmu dari AL QURAN semua tak ikut...apa jadi....hmmmm jawap sendiri
ReplyDeleteSatu kapal dua nahkoda.
ReplyDeleteJabatan Agama tak boleh ke panggil suami pertama dan selesaikan masaalah perceraian mereka berdua, bukannya pisahkan dengan suami 'kedua'
Sekarang dah jadi macam 'gantung tak bertali'
kalau perempuan tu buat 'maksiat' siapa tanggung?????
untuk yang komen disini, berkenaan masalah shanum dan amir nie...klu ikut undang2 ternyata si amir nie hbt dalam mengaibkan bks isterinya, tetapi manusia yang penuh ego dan yang paling jijik di dunia nie... untuk pengetahuan semua si amir nie mmg seorang yang pandai berkata2 dan yang paling sedih sampai tak reti menilai yang halal dan haram dalam perlakuannya asalkan impiannya tercapai...boleh dikatakan dikawasan tempat tinggalnya terutamanya di kampung si amir nie semua orang dah tahu segala perangai hinanya tu....boleh dikategorikan yang paling buruk perangai pada zaman ini.........
ReplyDelete