Persidangan Dewan Rakyat ditangguh 45 minit semalam ekoran kekecohan yang berlaku berikutan tindakan anggota pembangkang mempertikaikan suntikan RM7 bilion yang diumumkan dalam penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Keadaan tegang dan kecoh itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan untuk menangguhkan persidangan pukul 12.15 tengah hari dan disambung semula selepas rehat tengah hari pada pukul 2.30 petang.
Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Wan Junaidi berkata, beliau terpaksa bertindak menangguhkan mesyuarat memandangkan penjelasan beliau tidak memuaskan hati anggota Dewan di samping mahu mengawal kekecohan daripada berpanjangan.
"Saya tidak perlu memberi penjelasan kenapa saya bersikap begitu (tangguhkan Dewan) oleh kerana sebab-sebab tertentu yang saya fikirkan untuk menangguhkan Dewan daripada duduk di atas (kerusi Yang Dipertua) untuk mendengar perbalahan yang tidak berhabisan," katanya.
Terdahulu, anggota pembangkang mendakwa mereka keliru dengan angka yang diumumkan Najib semalam dengan angka yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan Bajet 2009 pada 29 Ogos lepas.
Nur Aflah : Khabarnya ada seorang ahli Parlimen BN yang menyebut perkataan tidak beradab tetapi lepas dari tindakan Speaker.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.