AMERIKA SUDAH BERUBAH, MALAYSIA?


Ramai yang teruja dengan kemenangan Obama. Dunia seolah-olah dilihat ‘bernafas semula’ dengan kemenangannya. Bagi penyokong Obama, harapan tinggi cuba diletakkan pada dirinya. Jika Martin Luther King masih hidup lagi pada waktu ini, mungkin air mata kegembiraan sedang mengalir dipipinya.

Sejarah baru Amerika dicatatkan hari ini. Biarpun penduduk kulit hitam Amerika hanya dibenarkan mengundi pada tahun 1967, tetapi hari ini, mereka dapat membuktikan kepada dunia bahawa impian boleh bertukar menjadi kenyataan.

'Keturunan hamba abdi' telah diangkat oleh penduduk berbilang kaum Amerika Syarikat untuk menjadi Presiden mereka yang ke 44.

Agak keterlaluan jika Obama dianggap sebagai pemimpin yang terbaik untuk dunia hari ini. Ketokohannya sebagai pemimpin sebuah kuasa besar dunia belum lagi bermula. Dunia ingin menyaksikan sejauhmana Obama mampu meloloskan dirinya daripada pengaruh ‘tangan ghaib’ yang sejak sekian lama menguasai pentadbiran dan polisi White House.

Adakah Obama mampu mengubah ‘tangan ghaib’ itu atau Obama sekadar meneruskan legasi perjuangan ‘tangan ghaib’ itu? Atau mungkin juga Obama adalah sebahagian dari perancangan 'tangan ghaib' itu?

Salah satu faktor penting yang menyebabkan kemenangan Obama hari ini adalah disebabkan oleh kelemahan dan kelampauan pentadbiran Bush sehingga negara kuasa besar dunia itu diancam oleh pengganas dan dilanda kemelut ekonomi yang telah menjejaskan kesejahteraan hidup rakyatnya sendiri.

Hari ini, penduduk Amerika yang berbilang kaum itu sudah tidak peduli lagi pada warna kulit Obama. Hanya satu yang mereka inginkan iaitu PERUBAHAN!

“Yes we can”, itulah ungkapan azimat yang Obama gunakan untuk menyedarkan penduduk Amerika dan ianya terbukti berjaya mengembalikan semula semangat mereka. Obama menjanjikan ‘perubahan’ untuk penduduk Amerika. Apa gunanya negara mereka digelar kuasa dunia jika rakyatnya sendiri menderita dan dihimpit pelbagai masalah kehidupan.

Barrack Obama, bekas professor di Universiti Harvard yang pernah tinggal di negara dunia ketiga seperti Indonesia serta aktif dengan kerja-kerja amal dilihat sebagai calon yang berjiwa rakyat dan mampu membawa perubahan yang diharapkan oleh rakyat Amerika yang berbilang kaum itu.

Apakah Obama mampu membawa harapan baru untuk dunia? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Mungkin juga, ‘semangat kemenangan Obama’ itu akan merebak dan membawa era baru dalam arena politik Malaysia.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Amerika Dreams.
    Nur Aflah
    Kebenaran pasti memihak pada pihak yang benar.
    Adakah Nuraflah juga bermimpi.
    Malaysia Dreams.
    Mimpi di Amerika tidak sama Mimpi di Malaysia.
    Kerana orang Malaysia boleh dikelentong oleh orang politik.
    1.Najib boleh jadi org penting dlm Negara.(walau ada skandal).
    2.Hukum Islam tidak dapat dilaksana dibumi sediri walaupun Orang Melayu ada kuasa politik.
    3.Tun dengan mudah kelentong orang melayu katanya Melayu mudah lupa.
    4.Ulama di bunoh di Memali.
    5.Bahasa sendiri tidak diutamakan.
    6.Ekonomi melayu di alibabakan.
    7.Fakta ekonomi diputarbelitkan.
    (Kerajaan tiadaduit24 billion
    -omongan kosong.
    8.Ekonomi Malaysai akan ranap
    tahun 2009/
    (Diberi tugas kepada orang
    tidak tahu uruskan Negara.
    Kelapa sawit jatuh dgn terok.
    9.Harga Minyak dilambatkan
    penurunannya kerana hendak
    dapatkan dut tambahan.
    10.Kalau ekonomi sudah jatuh mana
    ada duit lagi.

    Mimpi Ngeri.

    Orang melayu ini lambat berfikir
    Orang mcm Datuk Najib pun dia
    pilih.

    Apakah akan terjadi kepada
    Malaysia 2009 ??????????

    Siapa buat kerja bodoh beli
    heli,dengan harga yang tidak
    masuk akal.
    Pun kata tiada penyelewengan
    berlaku.
    AKU TIDAK TAHU LAGI,HENDAK FIKIR
    MEMANG MIMPI BURUK KERANA
    DIRASUK SYAITAN.
    "Go to HELL"

    ReplyDelete
  2. amerika...tetap amerika....sebuah negara yg penghuni BUMIPUTRAnya pada masa sekarang langsung tak berkuasa...

    kalau orang Melayu (PKR & PAS) mahu Malaysia berubah....adakah perubahan itu adalah utk melihat orang Melayu terpinggir di negara sendiri yg namanya Malaysia ??? apa akan jadi jika lebih 50% kerusi parliment dikuasai oleh bukan Melayu / Bumiputra ?

    Politik pembangkang....politik siapa sebenarnya.....benarkah utk keadilan dan kesaksamaan...sedangkan kita sememangnya dah sedar bahawa ekonomi Malaysia dikuasai oleh bukan Bumiputra? ekonomi memang diorang dah pegang....sekarang mereka cuma perlukan KUASA shj....

    Untuk mendapatkan kesaksamaan....kenapa orang BUMIPUTRA bangang sangat nak hapuskan kuasa raja, bahasa dan keistimewaan orang BUMIPUTRA?

    adakah Bumiputra Malaysia nak jadi seperti Bumiputra Amerika ???

    Kenapa bangang sangat ???

    Kepada moderator...saya mintak maaf sebab tercarut...termaki....tapi sebanarknya dah tak tahan dah dgn kebodohan, ketulian dan kebutaan orang Melayu yang MUDAH LUPA......

    Wassalam.....

    rizanskywalker@live.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.