CERITA CINTA KITA
Setiap kali jemari ini mahu mengetuk bebutang kekunci ini, setiap itu juga aku mengembara ke setiap pelusuk minda – mencari sesuatu yang harus dikaryakan. Lantas, soalan pertama yang harus aku persiapkan jawapannya, adakah idea ku ini akan menerima imbuhan atau seksaan.
Aku menulis bukan kerna mahukan imbuhan atau menempa seksaan. Bukan itu yang ku mahu – meminjam bait lirik yang dinyanyikan Kris Dayanti. Aku cuma mahu melontarkan pandangan, untuk dinilai – mana baik dan mana buruknya. Setiap kiriman yang ku kirimkan ke ruang maya, aku menanti tindakbalas penilai yang membacanya. Lebih dari itu, aku cukup takut kalau karyaku tidak sekehendak dengan Penciptaku.
Kekadang aku berasa letih tatkala membaca ulasan yang tidak selari dengan tajuk kirimanku. Kekadang aku lemas bila membaca pujian menggunung yang langsung tak terkait dengan tajuk kirimanku. Dan kekadang juga, aku marah bila kirimanku disalah-ertikan, hanya kerna aku tidak memuji atau mengampu kumpulan mereka.
Tetapi, aku tidak pernah mahu menyalahkan peneman kamar mayaku. Lebih dari itu, aku menghormati mereka, merindui mereka dan menyayangi mereka. Tanpa mereka, mungkin kamar mayaku tampak sepi dan sunyi. Aku juga manusia yang perlukan manusia lain untuk membuatkan aku berasa seperti manusia.
Aku lebih rela tidur di tepian kota dari tidur berseorangan di tengah belantara. Aku lebih rela dihina dari digelar penyombong yang bodoh. Ada ketikanya, aku lebih suka diam dari membalas ungkapan yang sia-sia.
Padaku, kita semua tetap sama. Siapapun dirimu dan diriku, kita tetap hamba. Apapun pekerjaanmu dan pekerjaanku, kita masih serupa. Apapun darjatmu dan darjatku, kita masih membuat dosa. Apapun warna kulitmu dan warna kulitku, kita tetap berkongsi mentari yang sama. Apapun impianmu dan impianku, kita tetap akan menjawab soalan yang sama.
Yang membezakan kita cuma satu – TAQWA.
Ya, memang benar, taqwalah yang membezakan siapa kamu dan siapa aku di sisiNya. Taqwalah yang menentukan destinasi terakhir kehidupan aku dan kamu. Maafkan aku kerana memilih Dia daripada kamu. Bukan kerana aku tidak mencintaimu, tapi kerana aku mencintai Dia lebih dari cintaku terhadapmu.
Ayuh! Bangunlah semua penemanku. Usahakanlah taqwa biarpun segenggam setiap seorang. Marilah kita kumpulkan taqwa itu sehingga menjadi sebuah bukit yang utuh dan kukuh. Bersatulah kita atas dasar taqwa demi sebuah impian yang telah dijanjikanNya.
“Sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janjiNya.”
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Teman Maya
ReplyDeleteTaqwa .
Saya berminat untuk menyentuh soalHati.
Kita dibezakan dengan tingkat Keimaman.
Ada banyak lapisan.
Iman pertama,kedua,ketiga./......
.................................
Kekadang aku berasa letih tatkala membaca ulasan yang tidak selari dengan tajuk kirimanku.
Inilah yang dikatakan perbezaan tingkat,amalan yang berbeza.
Takwa itu berbeza.
Carilah pengertian selamilah ,ulangkan baca-berkali-kali.Soal hati dan perasaan ini sukar untuk dimengertikan.
Kalau tidak memilih diriku tidak mengapa,sekurang-kurang diriku tahu kau juga sayangkan diriku.
Lupakan aku..
Cumakau perkenalkan.....teman-teman maya mu.Walaupun tidak senada tidak seirama.
Kongsi pengalaman hidup.
Tuhan juga dialam maya kita. kasihnya kita dengan keimanan(mantik).
Kita sedang berintrasi dengan Nur Kalammulah setiap masa dan ketika tanpa jemu-jemu,ucapan lafas kecintaan kita ketika berada bersama dengannya.
Bagi mereka yang sombong itu akan terlepas dari rahmatnya.
Percayalah kepada ALLAH.
(Bermaksud,pertolongan,reziki dan segala-segalanya ada padanya,minta apa saja tanpa rasa jemu
(Maka sujudlah).
Jangan rasa hampa kerana Allah......
Seperti kata ana...
'Sesungguhnya Dia tidak pernah memungkiri janji.”
Amin...Perkenanlah.
Aflah, entah kenapa saya suka mengunjungi kamu dialam maya, walaupun pendapat dan pandangan kita jauh berbeza. Saya membenci Anwar kerana saya mengenali siapa dia. Kamu mengagungkan dia kerana kamu rasa dia adalah penyelamat Malaysia.
ReplyDeleteSebab itu saya selalu kata, buat kajian dengan mendalam pasal dia dan jangan terlalu taksub pada dia. Jika terlalu taksub, hati jadi buta.
Salam alam maya.