PAGAR MAKAN PADI?

Bagai jatuh ditimpa tangga, demikian nasib seorang lelaki apabila rumah tangganya bergoyang kerana isterinya didakwa cuba digoda seorang pegawai polis selepas wanita itu membuat laporan kehilangan kereta di Kota Kemuning, Shah Alam, empat bulan lalu.

Sejurus kehilangan kenderaan itu, wanita terbabit yang tinggal di kawasan Ampang membuat laporan sebelum dia diperkenalkan kepada seorang pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu. Tanpa disangka, bermulalah sebuah episod hitam dalam hidup lelaki itu yang mendakwa isterinya dipikat pegawai polis terbabit.

Malah, penderitaan lelaki itu kini semakin parah apabila dia terpaksa berhenti kerja semata-mata untuk mengawasi isterinya yang semakin liar supaya tidak bertemu pegawai polis terbabit. Menurut mangsa yang hanya dikenali sebagai Salman, dia mula mengesyaki isterinya bermain kayu tiga apabila melihat perubahan mendadak yang ditunjukkan wanita berusia 24 tahun itu.

“Mulanya saya tidak mengendahkan sangat setiap kali isteri menerima panggilan daripada pegawai polis terbabit kerana menganggap dia mahu menjalankan siasatan.

“Namun, selepas kereta terbabit ditemui, mereka masih berhubungan dan lama-kelamaan semakin intim sehingga isteri kerap keluar malam bersamanya,” katanya.

Menurutnya, dia kesal dengan sikap pegawai polis terbabit yang langsung tidak menghormatinya dan mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak faham mengapa pegawai polis itu mahu mengganggu isteri dan kehidupan rumah tangga kami. Kalau diikutkan hati, memang saya geram dengan perbuatannya itu namun saya masih menghormati undang-undang,” katanya.

Menurutnya, tugasnya sebagai pegawai pemasaran memaksa dia bertugas di luar Lembah Klang dan kesempatan itu diambil pegawai terbabit untuk memikat isterinya.

“Isteri kini menjadi semakin liar dan kerap keluar malam bersama pegawai polis terbabit. Apabila ditegur dia akan melenting dan mengamuk memarahi saya kerana melarangnya keluar. Sebelum mengenali pegawai polis itu, dia tidak pernah bersikap demikian,” katanya yang mengaku masih menyayangi isterinya.

Menurutnya, dia mengesyaki isterinya itu terkena ‘sesuatu’ yang dilakukan pegawai polis terbabit berikutan dia langsung tidak mahu mendengar nasihat dan tegurannya.

“Saya ada berikhtiar secara tradisional dan semua pengamal perubatan serta tokoh agama yang ditemui mengatakan isteri saya ‘terkena’ buatan lelaki terbabit. Mereka meminta saya banyak bersabar dan berdoa meminta pertolongan Tuhan,” katanya.

Menurut mangsa, dia mengetahui daripada beberapa rakan yang mengatakan pegawai polis terbabit suka menggoda wanita muda dan bergaya untuk dijadikan temannya sebelum mengikis wang mereka.

“Saya kesal kerana saya yang berpenat lelah mencari rezeki, tetapi wang yang diberikan kepada isteri dihabiskan untuk lelaki itu,” katanya.

Difahamkan, pegawai polis itu baru tiga bulan bertugas dan dia kini ditukarkan dari sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Sumber : Metro

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Salam...

    Akhir2 ni Aflah dah jadi macam wartawan Harian Metro... Heh!

    Takpe2... Ade manfaatnye...

    ReplyDelete
  2. makin tahu tentang jenayah malaysia, makin takut nak balik..

    terasa di sini lebih selamat.

    gerun bila pk ada lagi 3 tahun untuk menempuh semula dan hidup dalam suasana seperti yang dikata..

    ReplyDelete
  3. Cubalah datang ke Darussyifa' Bandar Baru Bangi.

    pastu buat report agar pegawai tersebut ditukarkan.

    adulah ke Pemuda UMNO Malaysia, tapi takut perangainya sama jugak dgn pegawai polis tu. haahah

    ReplyDelete
  4. komen no tiga nih penuh sifat dendam kesumat...bacalah perenggan ketiga asyik buat fitnah dan tuduhan liar... hmmm bagus lah macam tuh... ingat semua individu dalam pemuda umno mcm tu ke...kalu segelintir mungkin...tapi perlu buktikan nama siapa di maksudkan...manyak jahat ini komentator....hati manyak musuk.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.