KORPORAT YANG KEPARAT?


MUKADIMAH

Di kala dunia ini sedang kecamuk dengan bicara ekonominya, hati ini sedikit terhibur bila membaca pengkaryaan EMHA yang sarat dengan nuansa sufi tetapi dikemas dengan bahasa sederhana sehingga mudah untuk "dikunyah" oleh sesiapa sahaja.

Salah satu kalimatnya yang membuat saya sedikit merenung adalah "Muhammad SAW memilih kemiskinan tetapi menolak kefakiran". 

Secara bahasa kalimat itu seolah-olah kontradiktif, tetapi menjadi menarik untuk dikaji, apalagi menggunakan perspektif ekonomi Islam.

Apa beza kemiskinan dan kefakiran?

Definisi miskin bermakna orang yang berada dalam kondisi kekurangan meskipun mereka memiliki nafkah. Sementara fakir bererti orang yang tidak mampu kerana memang sama sekali tidak memiliki nafkah.

Ingatan ini menerawang pada perilaku hidup manusia-manusia mulia pada masa lalu, para sahabat Rasulullah, yang tak terkira kemuliaan kisah-kisahnya.

Kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah digambarkan sebagai ‘korporat’ ulung yang sekaligus membayangkan kemampuan harta mereka. Tetapi, mengapa kisah mereka diakhiri dengan kisah kesederhanaan atau bahkan kisah kepapaan mereka?

Mereka banyak harta tetapi gaya hidup mereka langsung tak menunjukkan kemewahan, jauh bezanya dengan perihal ‘korporat’ kita sekarang.

Apakah ada yang salah?

Tidak! sama sekali tidak ada yang salah! Mereka tidak mungkin mengingkari peringatan Nabi SAW;

"Sesungguhnya kefakiran itu mendekatkan diri pada kekufuran". Mereka sungguh-sungguh memahami peringatan itu bahkan semakin lengkap dengan peringatan Nabi yang lain; "harta yang baik adalah harta yang berada di tangan orang yang soleh" dan "manusia terbaik di antara kamu adalah manusia yang paling bermanfaat bagi manusia lain".

Akhirnya muncul kesimpulan dalam hati dan jiwa mereka tentang hidup dan harta, bahawa harta akan bernilai bagi mereka ketika harta mereka memberikan kemanfaatan, menebalkan iman, meningkatkan ketaqwaan.

Sehingga mereka tidak begitu berkehendak pada harta yang melimpah. Mereka memilih cara untuk memaksimakan kemanfaatan harta mereka, sehingga harta yang tinggal bagi mereka hanyalah apa yang mereka ‘perlukan’ untuk hidup saja, bukan untuk melayani ‘keinginan’ yang tak terhingga batasnya.

Bahkan dalam keadaan seperti itu, mereka terus menekan godaan nafsu mereka dengan berpuasa.

Apa yang membuat mereka dapat menjelma menjadi manusia seperti itu?

Tak lain dan tak bukan adalah kefahaman terhadap akidah, akhlak dan syariat Islam. Kefahaman, sekali lagi kefahaman pada Islam itu yang membuka tabir dan merubah jiwa manusia.

Akhirnya Islamlah yang membuat manusia menjadi berbeza, pada hatinya, akalnya dan jasadnya.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Assalamualaikum wrt...

    Memang tue lah yang dinamakan ZUHUD..
    Bukannya fakir tapi miskin disisi ALLAH...
    Tapi susah sekali nak jumpa makhluk2 yang macam nie zaman sekarang..

    Moga-moga aku juga tergolong dalam golongan yang diredhai olehNYA duni akhirat...amin...

    ReplyDelete
  2. Menjadi kaya dengan harta yang melimpah ruah semasa di dunia ini tidak salah kerana itu kurnian Allah, tetapi perlu diingat Allah sertakan sekali dugaan.

    Setiap anak adam yang diberikan kesenangan berupa harta dan kekayaan akan ditanya 2 soalan di akhirat nanti, iaitu;

    1. Dari mana punca?
    2. Belanja kemana dan untuk apa?

    Sekali pandang 2 soalan tersebut memang mudah tetapi untuk mendapatkan jawapannya tidaklah semudah itu. Kerana untuk mendapatkan jawapan yang akan diterima oleh Allah kita terpaksa mengharungi rintangan dan dugaan yang hebat dari Allah semasa di dunia ini.

    Kalau kita clear dengan dugaan dan rintangan maka Roh yang menjawab di depan Allah di akhirat nanti yang disaksikan oleh semua angota badan, akan menjadi mudah.

    Jadi kalau kita rasa kita betul2 mampu menyediakan jawapan kepada soalan2 seperti itu maka berusaha dan berdoalah minta kekayaan dan bertawakkal pada Allah.

    Sekarang tepuk dada tanya selera. Samada nak kaya ke atau nak sederhana ke atau nak miskin ke?? Asalkan jangan sampai jadi pape kedana!

    Waminallahit-taufiq walhidayah

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.