Saya percaya ramai yang sudah membaca laporan Metro Online hari ini yang bertajuk ‘seronok hidup liar’ dan saya pasti, cerita sebegitu pasti meningkatkan ‘hits’ suratkhabar, blog mahupun ‘website’. Apatahlagi jika gambar gadis-gadis itu terpampang di halaman utama.
Kisah remaja ‘terlajak perahu’, seks bebas, minum arak, penagihan dadah dan yang seumpama dengannya bukanlah permasalahan baru dalam kehidupan remaja di negara ini. Istilah yang biasa dijadikan alasan ialah ‘untuk mencari keseronokan’.
Tidak dinafikan, dugaan semasa berada di alam remaja terlalu hebat. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan di zaman yang serba moden ini. Keseronokan sesat boleh diperolehi dengan mudah. Nak tengok filem seks, guna internet atau handphone saja. Nak minum arak boleh beli kat 7 eleven je. Nak cari pasangan guna myspace atau friendster je. Nak hisap dadah boleh cari kat Kg Baru je. Kalau mak bapak marah, lari je dari rumah. Mudahnya nak buat dosa sekarang. Iskh..iskh.. iskhh!
Pernahkah anda terfikir, kenapa semua gejala-gejala jahiliah ini kian berleluasa di negara ini? Saya sukar sekali nak mempercayai statistik rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan yang bertanggungjawab dalam menangani kes ini kerana statistik yang terpampang depan mata saya jelas berbeza daripada apa yang diwartakan.
Saya percaya, kita semua sudah sedia maklum tentang faktor-faktor yang menyebabkan gejala-gejala negatif ini berlaku. Cukuplah jika saya memberikan satu contoh. Di negara ini, ada pelbagai disko yang majoritinya dikunjungi oleh kumpulan tertentu sehingga diberi gelaran ‘disko melayu’, disko cina’ atau ‘disko india’. Jika kita masuk ke disko ‘melayu’, majoriti yang ada dalam tu adalah orang melayu. Yang tukang tuang arak-melayu, yang tukang hantar kat meja-melayu, yang tukang minum-melayu, yang jadi bonzer-melayu dan yang menyanyi atas pentas pun melayu. Cuma tauke disko tu je bukan melayu.
Dan saya juga percaya, orang melayu yang ada di situ beragama Islam. Tapi, kenapa disko-disko yang macam ini dibiarkan berleluasa? Takkanlah pihak penguatkuasa tak tahu? Takkanlah pihak-pihak yang bertanggungjawab nak biarkan sahaja tempat-tempat ini berleluasa? Daripada membuang masa buat operasi. Tutup sahaja tempat-tempat macam tu dan cuba-cubalah guna 'undang-undang' yang dah 1400 tahun dibukukan.
Fikir-fikirkanlah…
- Blogger Comment
- Facebook Comment
5 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ASSALAMUALAIKUM WRT..
ReplyDeleteBLEH EMAIL KAT SAYA STATISTIK YANG ADA PADA PUAN?BLEH EMAIL DI khalifah114@YAHOO.COM
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Apa yang diperkatakan oleh penulis blog ini amat benar. Tidak perlu statistik, anda hanya perlu untuk mengunjungi kelab-kelab malam/disko di sekitar Jalan Bukit Bintang atau di Jalan Pinang untuk melihat sendiri gejala orang Islam yang hanyut di lautan arak dan maksiat.
2. Di tempat-tempat sebeginilah orang-orang Islam dihanyutkan dengan maksiat. Peliknya hanya sesetengah kedai 7 Eleven yang menghalang orang-orang Islam dari membeli arak, kebanyakkannya yang terdapat di kawasan-kawasan berpenduduk majoriti melayu tetapi di kawasan-kawasan lain, arak boleh dibeli dengan sewenang-wenangnya.
3. Sekiranya Jabatan Agama Islam hendaklah memerangi kegiatan maksiat, saya syorkan penguatkuasaan dijalankan terhadap disko-disko dan kelab-kelab malam. Arak merupakan antara punca utama yang menjadi pemangkin kepada gejala-gejala maksiat yang lain. Orang-orang Islam seharusnya ditegah dari mengunjungi pusat-pusat hiburan.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan keruntuhan moral dan akhlak muda-mudi pada zaman ini.Setiap individu haruslah prihatin dan mengambil masalah ini sebagai sesuatu yang harus diberi perhatian dan penekanan.Ibu bapa haruslah terlebih dahulu memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam mendidik anak2, ini kerana sikap dan tingkahlaku anak2 bermula dari peranan ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa tidak mengambil berat dan didikan agama yang lemah atau sambi lewa maka peratusan anak2 tersebut ke arah kehidupan bersosial amat tinggi.Jika ibu bapa itu tidak sembahyang dan jauh hubungannya dengan Allah tidak hairanlah anak2 itu juga jauh hubungan dengan Allah. Kajian banyak menunjukkan jika ibu bapa mempunyai masalah dan tidak tguh pada didikan agama berkemungkinan besar anak juga begitu.Terdapat lagi faktor2 lain yang menyebabkan gejala sosial tetapi jika ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak2 insyaAllah salah satu faktor yang besar ini dapat dikecilkan.
ReplyDeletepenguatkuasa sbnrnye takut untuk nk tutup tempat maksiat, tetapi mereka tidak takut dengan Allah swt
ReplyDeleteSeribu satu macam undang-undang tak kan ubah manusia. Itu mesti datang dari hati... barulah ada peluang untuk membuat perkara yang baik.
ReplyDelete