KERANA ANWAR : BN PENING, RAKYAT RUNSING, DUNIA JELING? Malaysiakini
Anwar Ibrahim
,
DNA
,
Konspirasi
,
Mahkamah Syariah
,
Pendapat
,
Politik
,
Ulasan
Isunya sekarang, sebelum Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dia telah berjumpa dengan DS Najib di rumah TPM dan juga menceritakan perlakuan DS Anwar terhadap dirinya. Kenyataan ini keluar dari mulut DS Najib sendiri dan kenyataan ini bercanggah dengan kenyataannya di lobi parlimen beberapa hari sebelum itu.
Maka, rakyat pun tertanya-tanya. Kenapa DS Najib mengubah kenyataannya dalam masa yang sangat singkat?
Kemudian, DS Anwar menafikan tuduhan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan itu dan menyatakan, tuduhan itu adalah fitnah dan konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau. Untuk mempertahankan hujahnya itu, Anwar telah membuat satu laporan polis terhadap salahlaku Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung dakwaan yang dihadapinya pada tahun 1998 dahulu.
Maka, rakyat pun tertanya-tanya. Bagaimana kes liwat ini akan disiasat? Ini kerana, Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara masih lagi memegang jawatan tertinggi di kedua-dua badan yang akan menyiasat kes liwat tersebut. Dakwaan akan berlakunya konflik dalam siasatan kes liwat ini tidak boleh ditolak.
Untuk mengelakkan konflik, Kerajaan BN telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh DS Anwar. Bagaimanapun, kes liwat Anwar akan terus disiasat oleh PDRM dan Anwar tidak bersetuju. Alasannya, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara masih lagi memegang kuasa tertinggi dalam badan yang sedang menyiasat kesnya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Selepas itu, Anwar mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes liwat ini melalui peruntukan undang-undang syariah Kuala Lumpur. Ertinya, Saiful Bukhari Azlan perlu menampilkan saksi dan keterangan bukti bagi mengukuhkan dakwaan yang dibuat olehnya sebelum ini.
Sekiranya pihak Mahkamah Syariah menolak saksi atau keterangan bukti yang dibawa olehnya, maka Saiful Bukhari Azlan boleh bersumpah untuk membuktikan yang dakwaannya itu benar dan bukannya fitnah. Maka, Anwar perlu menjawab sumpah tersebut samada melalui saksi atau keterangan bukti.
Jika pihak mahkamah syariah tidak berpuas hati dengan saksi ataupun bukti keterangan Anwar, maka Anwar boleh bersumpah untuk menafikan dakwaan tersebut. Selepas kedua-duanya bersumpah, maka urusan siapa yang benar dan yang salah akan ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita wajib percaya pada kuasa, keadilan dan ketentuan dari Allah SWT.
Bagaimanapun, pihak Mahkamah Syariah memerlukan laporan siasatan yang lengkap daripada pihak polis untuk mengadili kes ini dengan seadil-adilnya. Untuk itu, PDRM perlu mengambil keterangan daripada Anwar bagi melengkapkan siasatan mereka. Maka pihak PDRM telah mengambil keputusan untuk menangkap Anwar. Biarpun cara dan masa tangkapan itu dibuat telah dipertikaikan oleh rakyat, PDRM tetap tegas dengan keputusan yang telah dibuat oleh mereka.
Semasa ditahan, Anwar tidak membenarkan pihak PDRM mengambil sampel DNAnya atas alasan :
1) Pihak polis sudahpun mempunyai sampel DNAnya sejak tahun 1999.
2) Beliau ragu sampel DNAnya akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
3) Beliau bertindak demikian atas nasihat peguam dan juga pakar DNA dari dalam dan luar negara.
Tindakan Anwar itu turut disokong oleh Presiden PAS dan juga pakar DNA tempatan. Malah rakyat juga berasa ragu dengan tuntutan DNA itu kerana masih terdapat konflik dalam kes ini kerana Ketua Polis Negara dan Peguam Negara masih lagi berkuasa dalam siasatan kes ini. Lagipun, sampel DNA Anwar yang ada dalam simpanan PDRM dulu boleh digunakan untuk membandingkan paten DNA yang dijumpai pada Saiful Bukhari Azlan.
Secara kebetulan atau disengajakan, Saiful Bukhari Azlan mengenali DS Anwar dan juga DS Najib dan kedua-duanya pula disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Situasi ini telah menimbulkan keraguan dan minat dunia luar untuk mengikuti perkembangan kes ini kerana sebelum ini, kredibiliti badan kehakiman negara telah terjejas teruk akibat pembongkaran kes video Lingam. Bahkan, cara polis mengendalikan kes salahguna kuasa dan kes liwat Anwar pada 1998 dahulu telah dipertikaikan oleh dunia luar. Itu adalah hakikat yang perlu diterima oleh rakyat di negara ini.
Dalam masa yang sama juga, kerajaan BN sedang mengalami situasi sukar selepas kekalahan teruk mereka pada PRU ke 12 dahulu. Krisis harga minyak dan inflasi juga sedang membebani pentadbiran mereka selain krisis dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan juga SAPP. Bahkan, Anwar sedang mengasak kerajaan BN untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum 16 September 2008. Rakyat Malaysia dan dunia luar pula sedang menilai dan juga menjadi ‘hakim tidak rasmi’ untuk melihat sejauhmana BN dapat lepas dari situasi yang amat getir ini.
Kesimpulannya, kerana Anwar ….
Fikir-fikirkanlah
Salam dik...
ReplyDelete1st, thanx to visit my site... baru lg tu, hope adik dapat bg tunjuk ajar... thats inspired by your site actually...
Berkenaan Anwar...sebenarnya rakyat Malaysia dah PENAT melayan isu ni. Andai ada caranya untuk menyatukan mereka semua ni, it would be very nice! Seperti harapan adik yg adik zahirkan dalam pembuatan klip video KABINET BAYANGAN ANWAR sebelum ni...
Rakyat kalau bleh nak cakap je, "jangan la begaduh, tuduh menuduh, fitnah memfitnah... duduk la bersama! dan pak lah, dengar dan amik beratlah teguran yg lain. yang nak menegur, gunakan cara hikmah dan bijaksana, duduklah berbincang...".
Unfortunately...ianya cuma satu impian...agak mustahil tercapai...
Akibatnya...'Gajah dengan gajah berkelahi, pelanduk tersepit di tengahnya'...
http://puakakeramat.blogspot.com/
YANG SANGAT PENING ADALAH .......BOTAK ALBAR. AKU DOAKAN KAU MATI MACAM DUGONG !!!
ReplyDelete