Selepas membunuh kedua-dua anaknya itu, bapa itu kemudiannya nekad menggantung dirinya sendiri sehingga mati.
Mengikut beberapa laporan media hari ini, kes semalam berpunca daripada keretakan rumahtangga si pembunuh diri berdasarkan kepada nota yang ditinggalkan olehnya.
Apalah dosa kanak-kanak itu sehingga bapanya sanggup bertindak kejam sedemikian?
Apakah si bapa itu tidak sedar yang perbuatannya itu bercanggah dengan kehendak Tuhan?
Adakah si bapa itu tidak takut dengan azab siksa yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada mana-mana umatNya yang membunuh diri?
Adakah tiada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka selain daripada membunuh diri?
Apapun, inilah akibatnya apabila manusia itu mudah terpedaya dengan pujuk rayu syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Allah SWT.
Kepada semua pembaca blog ini, jadikanlah insiden semalam sebagai pengajaran buat kita semua agar kita sentiasa berusaha memantapkan lagi iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Al-Fatihah buat arwah adik Mohd Shameer (4) dan Nor Amaleena (1).
malaysiakini
Assalamualaikum,
ReplyDelete1. Semuanya berbalik kepada ilmu yang sedia ada dan bagaimana kita menggunakan ilmu tersebut.
2. Kejahilan tentang ilmu (khususnya ilmu agama Islam) menyumbang terhadap perilaku yang terkutuk ini. Sebaliknya, ada juga segelintir mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mahu atau tidak tahu cara untuk mengaplikasi ilmu yang telah dipelajarinya.
Al-Fatihah..
ReplyDeleteSedih nya apabila membaca kisah2 anak yang dibunuh oleh ibu bapa sendiri. Beginilah jadinya apabila tiada peganggan agama,iman dan kesabaran di dada.Anak itu amanah,sepatutnya kita menjaga amanah Allah itu sebaik baiknya.
Manusia kena menganggap semua ujian dan dugaan adalah satu proses memperbaiki diri.
ReplyDeleteBunuh diri bukanlah penyelesaian masalah.
Think positif.
http://anakmalaysia81.blogspot.com/
Salam
ReplyDeleteAl-Fatihah...
Hati mana yang tidak sedih dan pilu melihat insan-insan yang tidak berdosa diracuni secara kejam oleh Ayah mereka sendiri.
Hati yang kosong tanpa Iman dan Ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T mengundang iblis menetap didalamnya.
Hanya pada ALLAH S.W.T jualah kita memohon perlindungan daripada segala musibah.~Amin~
PENDIDIKAN ISLAM AMAT PENTING DI PERINGKAT AWAL. APA TAH LAGI MALAYSIA ADALAH NEGARA SECULAR. PENERAPAN NILAI NILAI ISLAM GAGAL MEMPERKASAKAN UMATNYA DENGAN ADANYA 2 PERKARA BERBEDA. YANG HALAL DAN YANG HARAM. ADALAH WAJAR DAN PENTING DINEGARA KITA INI YANG HARAM, DI HARAMKAN.
ReplyDelete