ANALISIS DEBAT SHABERY – ANWAR

Sebelum ini saya telahpun menyentuh tentang keberanian Shabery untuk berdebat dengan Anwar dan juga impak debat tersebut terhadap usaha memantapkan sistem demokrasi di Malaysia.

Kali ini, saya ingin memfokuskan kepada isi debat yang berlangsung semalam dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sama-sama berkongsi pandangan dan juga pendapat tentang program debat semalam.

1) Pusingan Pertama
Anwar menjelaskan langkah awal yang akan diambil olehnya ialah dengan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen berdasarkan kepada kekuatan makro ekonomi, kadar pertumbuhan dan potensi ekonomi negara dan penyusunan semula kerajaan. Untuk menjayakan penurunan itu, Anwar memerlukan wang sebanyak RM 5 billion. Anwar mempersoalkan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak secara mendadak dan kesan kenaikan mendadak itu cukup membebankan nasib bangsa Melayu dan juga bumiputera Sabah & Sarawak. Anwar mencadangkan kapasiti rizab TNB dikurangkan dari 40% ke 20% dan jumlah wang yang dapat dijimatkan ialah sebanyak RM 2 billion.

Shabery mempersoalkan usul yang dibawa oleh Anwar itu ternyata bercanggah dengan janji Anwar sebelum PRU 12 iaitu menurunkan harga minyak di bawah paras RM 1.92/liter. Berdasarkan kepada perkiraan sekarang, Shabery menyatakan, janji yang dibuat oleh Anwar itu akan membuatkan negara ini terpaksa berbelanja RM 50 billion untuk merealisasikan janji itu. Bagaimana kerajaan hendak mengadakan wang (dengan sumber terhad) untuk menjayakan program pembangunan negara dan membela nasib rakyat? Shabery menceritakan sejarah krisis minyak dunia pada tahun 1974 dan juga sejarah penubuhan Petronas oleh Tun Razak. Shabery turut membangkitkan demontrasi Anwar pada tahun 1974 dan berpendapat, Anwar hanya suka mengambil kesempatan sewaktu rakyat mengalami kesempitan.

Nur Aflah : Demontrasi Anwar pada 1974 adalah kerana memperjuangkan nasib penduduk Baling yang kebuluran akibat tekanan inflasi sewaktu krisis ekonomi 1974. Akibat demontrasi itu, kerajaan mula bertindak terhadap nasib penduduk Baling dan tidak lama selepas itu, Anwar dipelawa menyertai UMNO.

P/S : Insya Allah, saya akan menyambung analisis ini dalam masa terdekat kerana hari ini, banyak urusan yang perlu saya selesaikan.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Pertama sekali saya ingin menyatakan syabas kepada Kerajaan dan media kerana telah maju setapak di dalam bab kebebasan bersuara media massa.

    2. Shabery walaupun berdebat dengan "otai" politik Malaysia, telah menunjukkan prestasi yang agak baik. Secara jujur saya katakan bahawa saya tidak menyangka Shabery dapat menunjukkan kebolehan berdebat walaupun sebagai "orang baru".

    3. Namun terdapat kelemahan-kelemahan ketara pada Shabery khususnya apabila gagal untuk memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang diajukan. Ada seketika jawapannya tersasar jauh dari apa yang diharapkan.

    4. Di sinilah kita dapat lihat perbezaan di antara seorang "freshie" dan seorang "otai". DSAI di dalam hujahnya bersikap professional dengan tidak terhasut dengan permainan serangan peribadi yang dimulakan oleh Shabery.

    5. Pada pengamatan saya jawapan-jawapan yang diberikan oleh DSAI menepati kepada isu yang hendak dikupas. DSAI juga memberikan jawapan yang kritis serta tidak meleret dengan rentetan-rentetan sejarah.

    6. Dari segi "political mileage" debat tersebut telah banyak membawa faedah kepada DSAI. DSAI telah berjaya untuk memberikan jawapan-jawapan yang tepat dan telah bersikap professional. Rakyat tidak tertarik kepada serangan peribadi yang tiada kene mengena dengan isu pokok yang dibincangkan. Dari manfaatnya kepada rakyat, masa akan menentukannya.

    ReplyDelete
  2. Salah siapa ni? pilih "freshie" untuk berdebat hal kepentingan rakyat dan negara, atau shabery yang beria ia mewakili kerajaan dalam debat itu? ataupun kerajaan sudah ketandusan idea untuk berdepan dengan DSAI? mahu tidak mahu terpaksa sorong shabery semata mata untuk merealisasikan sesi debat itu.

    Adalah satu tidak wajar menganjurkan sesi debat yang jarang sekali diadakan apatah lagi isu yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat yang diwakili oleh seorang pendebat yang ketandusan pengalaman dan tidak professional.

    Oleh kerana sikap shabery yang tidak professional debat itu tidak mencapai matlamat yang diharapkan walaupun idea2 dan jawapan DSAI menepati isu yang hendak dikupas.

    Kalau pasal sjarah/peristiwa yang lalu rasanya sudah ramai yang tahu dan tak perlulah seorang sejarahwan untuk mem"flashback" dalam sesi debat itu memandangkan masa yang sangat sangat terhad.

    salam
    ben

    ReplyDelete
  3. 1) Shabery Cheek memang boleh berhujah kerana dia mempunyai kepetahan bercakap tetapi "homework" beliau masih tidak cukup untuk menafikan kehebatan DSAI dan menguasai fakta fakta tertentu bagi mematahkan hujah DSAI

    2) DSAI memang hebat dlm berhujah, ini memang telah dibuktikan dalam siri siri ceramah beliau,terdapat fakta fakta yang konkrit diutarakan bagi menyokong hujah beliau

    3) Keangkuhan Shabery Cheek untuk meletak jawatan adalah fantasi murahan memandangkan debat ini tidak mempunyai Juri dan Hakim sebagaimana Debat / Pidato Universiti bagi merebut piala pusingan, bagaimana nak mencari pemenang? sudah tentu poll di malaysiakini tidak diambil kira.

    4. Finally, rakyat bijak dan matang menilai kredibiliti hujah dan kredibiliti pendebat, masing masing mempunyai analisis yang tersendiri samada analisis berasaskan fakta atau pro kepartian terserahlah kepada individu kerana debat ini bukanlah satu mekanisma yang mewajibkan kerajaan dan parlimen menuruti tuntutan debat tersebut. Sekian, Wallahualam

    ReplyDelete
  4. syabas kepada DSAI kerana bijak menggunakan platform yang terbatas utk menerangkan agenda membela rakyat marhain.........

    salam

    hel me

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.