JANICE MINTA POLIS SIASAT BLOGGER PAPAGOMO

ADUN Teratai, Janice Lee membuat laporan polis terhadap blogger PapaGomo kerana blogger tersebut menuduh dirinya dan juga pembantu peribadinya terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di negara ini. [sumber]

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat ke atas diri saya dan juga pembantu saya. Lebih-lebih lagi, saya hanya ada seorang pembantu peribadi (Mahmood Samad) dan hari ini, beliau juga bersama saya untuk membuat laporan polis." kata Janice ketika ditemui wartawan di hadapan Balai Polis Pandan Indah.

Manakala blogger PapaGomo dalam reaksi balasnya berkata, tindakan Janice Lee itu hanyalah untuk menutup pekungnya sahaja.

"Apa yang Gomo sampaikan adalah kebenaran sama sekali, maka atas kebenaran yang Gomo sampaikan juga lah Janice Lee tergugat dan merasakan satu kesan yang mendalam buat Kumpulan DAP mereka itu." kata PapaGomo [di sini].

Berikut adalah petikan dari artikel PapaGomo yang menuduh penglibatan Janice dan pembantunya dalam sindiket pengedaran dadah:
Berita yang ingin di sampaikan ini adalah berita yang sahih dan tepat sumbernya. Gomo telah mendapat perkhabaran bahawa 2 orang pembantu khas kepada Adun Teratai Janice Lee (DAP) telah bersama dengan Pengedar DADAH di sebuah Balai Polis .

Kelibat 2 orang pembantu Khas kepada Adun Teratai (DAP) ini telah membantu Pengedar DADAH tersebut dalam satu urusan. Kedua dua mereka ini juga telah disahkan sebagai Pembantu Khas kepada Adun tersebut. Atas urusan apa kedua dua lelaki ini membantu pengedar DADAH tersebut? Ini yang membuatkan seluruh mata tertumpu kepada sama ada Adun Teratai Janice Lee turut terlibat sama.

Di harapkan pihak POLIS DI RAJA MALAYSIA Caw NARKOTIK dapat menjalankan siasatan ke atas kedua orang pembantu Khas kepada Adun Teratai ini. Siasatan perlu di jalankan bagi mengenalpasti hubungkait mereka ini dengan pengedar DADAH tersebut.




-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. salam....
    menarik...Gomo akan link kan ke list blogg gomo...salam ziarah.....

    ops..lupa nak khabar...Gomo dah klik bena yang di maksudkan..he he he

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.