USTAZ AFANDI: KENYATAAN NIK AZIZ HANYA RETORIK KOSONG

Oleh:  Yus Iskandar

Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahawa sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan parti itu amat dialu-alukan.

Namun bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut, Pas dengan sekutunya yang lain di bawah gabungan yang belum disahkan secara rasmi (Pakatan Rakyat) perlu mengemukakan dasar bersama berhubung perkara terbabit.


"Jika perkara asas yang melibatkan dasar tidak dapat dikemukakan, bagaimanakah Mursyidul Am Pas itu dapat mengeluarkan dakwaaan sedemikan rupa.

"Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, dasar bersama di dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan soal ini. Malah dalam konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini pun, soal penubuhan sebuah negara Islam tidak disebut di dalam dasar bersama mereka".

Demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff ketika diminta mengulas dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyebut sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam.

Tegas beliau lagi, bagi mengukuhkan lagi dakwaan Nik Aziz itu, Pas disaran mengemukakan secara rasmi dokumen penubuhan sebuah negara Islam untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

"Malah saya secara peribadi mencabar mereka untuk mengemukakan kertas cadangan penubuhan negara Islam di Parlimen untuk dibahaskan.

"Jika perkara ini tidak dapat dilaksanakan, saya beranggapan kenyataan Nik Aziz itu hanya retorik kosong untuk politik parti berkenaan semata-mata", ujarnya.

Beliau seterusnya berkata dakwaan Nik Aziz yang hanya berpandukan kepada kesediaan pemimpin DAP membawa lambang Pas dalam pakatan pembangkang menujukkan beliau membuat kesimpulan secara mudah.

"Perlu diingat, kalau sekadar memakai lambang macam-macam kita boleh nilaikan.

"Adakah mereka hanya berniat untuk memancing undi dan sebagainya. Jika betul kemukakan sepertiama saranan saya di atas", katanya. [Sumber]



-->
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.