PNB AKAN BINA BANGUNAN 100 TINGKAT?


Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan sedang menimbang untuk membina bangunan setinggi 100 tingkat di antara kawasan Stadium Merdeka dan juga Stadium Negara.

Menurut laman web Business Times, cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah PNB sebelum ianya dimuktamadkan.

“Insya’ Allah, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.” kata Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman selaku CEO PNB selepas mengumumkan kadar dividen ASB untuk tahun kewangan 2009.

Menurut laman web itu lagi, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada suku pertama tahun hadapan.

Bangunan itu nanti akan mengatasi rekod Menara Kembar Petronas sebagai bangunan yang tertinggi di Malaysia. Menurut rekod, Menara Kembar Petronas siap dibina pada tahun 1997 dengan kos sebanyak RM 4.05 billion.

Sehingga akhir tahun 2008, PNB dilaporkan memiliki aset sebanyak RM 120 billion.

Rekod bangunan tertinggi dunia kini dipegang oleh Burj Dubai


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. kerja gila!kan lebih berfaedah duit sebanyak itu dikembalikan balik kepada pemegang saham asb asnb dll.dalam bentuk dividend yang lebih lumayan.dengan dividend inilah pemegang saham dapat meneruskan kehidupan yang terhimpit dari kos pembelanjaan yang naik tanpa ihsan.kami tak perlukan wajah gah dan megah,hentikanlah impian yang yang tak tergapai oleh rakyat jelata.dengan berbilion ini pnb boleh membantu pelajar miskin dengan biasiswa dan sebagainya.pnb yang berbillion itu adalah hak kami,tuntutan kami didunia dan akhirat.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.