Suatu ketika dahulu, portal Malaysiakini ada menyediakan kolum “Latest Blog BM” di laman web mereka. Kini, kolum itu sudah dihapuskan.
Oleh kerana Malaysiakini merupakan juara media internet di Malaysia, maka ramailah blogger yang meletakkan tag seperti ‘Malaysiakini, Nizar, Perak’ pada tajuk posting mereka untuk memaksimumkan SEO blog masing-masing.
Kaedah itu ternyata berjaya menarik ramai pembaca ke blog mereka setelah posting tersebut tersenarai di portal Malaysiakini.
Sewaktu saya mula berblog, saya juga menggunakan kaedah di atas dan ternyata berhasil. Blog ini mula dikenali dan dikunjungi ramai pembaca setelah disenaraikan dalam kolum tersebut.
Selepas Malaysiakini membuang kolum tersebut, maka para blogger menggunakan pula laman direktori blog yang sudah popular seperti Malaysiakita yang diusahakan oleh Pak Bakaq, Beras Padu yang diusahakan Hasbullah Pit dan juga Warta Maya serta Blogmalaysia.com yang diusahakan oleh individu yang tidak saya kenali untuk mendapatkan perkembangan terbaru.
Namun begitu, direktori ini biasanya hanya menyenaraikan blog yang sudah ada nama atau sudah ditemui pengelola laman direktori tersebut. Keadaan ini mungkin menyukarkan blogger yang baru hendak berblog untuk memperkenalkan blog mereka.
Saya perhatikan, terdapat banyak blog baru yang mempunyai gaya penulisan yang baik serta isi kandungan yang bermutu tapi tidak dikenali pembaca.
Biasanya blog-blog baru ini saya temui ketika sesat di carian google ataupun menemuinya di link blog lain. Saya fikir, blog-blog baru sebegini wajar dipopularkan untuk memeriahkan lagi rangkaian blog-blog di Malaysia.
Untuk itu, saya telah menyediakan satu ruangan khas di “My Blog List” saya untuk menyenaraikan semua blog yang meletakkan tag “MALAYSIA, NAJIB, NIK AZIZ, UMNO, ANWAR, PAKATAN” pada tajuk posting mereka. [klik di sini untuk melihat]
Jadi, sesiapa juga yang menggunakan salah satu tag tersebut akan automatik tersenarai di ruangan tersebut.
Saya tidak fikir cara ini akan banyak membantu untuk meningkatkan SEO blog-blog tersebut kerana bilangan pengunjung ke blog ini tidaklah setanding dengan jumlah pengunjung di portal Malaysiakini ataupun blog-blog popular yang lain.
Akan tetapi, jika semua blog yang berbaur politik di Malaysia meletakkan senarai itu sebagai gadget dalam blog mereka, maka tidak mustahil cara ini akan dapat mengembalikan semula kegemilangan SEO yang pernah dicetuskan oleh Malaysiakini dahulu.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kod html tersebut untuk diletakkan dalam blog anda, sila belajar cara-caranya [di sini].
Buat masa ini, saya hanya ada kod untuk: MALAYSIA | NAJIB | NIK AZIZ | UMNO | ANWAR | PAKATAN | MALAYSIAKINI |
"Jika anda berminat dengan artikel yang dimuatkan di blog ini, dapatkannya terus ke peti email anda. Klik je kat sini!"
Ruangan perbincangan di Beras Padu sudah jadi tempat orang minta "tambahkan blog saya"
ReplyDeleteHaha..
ReplyDeleteDi sini pun.. tapi saya tak kisah :)