APA CERITA NI NAJIB?

Tidak ada salahnya jika Kerajaan Malaysia mahu menghargai jasa Tun Abdullah Badawi dengan menghadiahkannya sebuah rumah.

Biarpun harga rumah itu bernilai jutaan ringgit, namun ianya tidaklah akan menjadi persoalan jika kerajaan melakukannya dengan cara yang betul.


Hari ini, Mahfuz Omar mendakwa kerajaan telah melakukan penyelewengan kewangan negara kerana projek pembinaan rumah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bernilai hampir RM12 juta itu merupakan satu projek yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Peruntukan bagi projek tersebut tidak terdapat dalam Rancangan Malaysia ke-9 mahupun bajet 2010.

"Saya anggap projek ini sebagai sulit kerana ianya tidak terdapat dalam semakan Rancangan Malaysia ke-9, dalam bajet 2010 pun tidak ada peruntukan untuk projek itu," demikian kata Mahfuz sepertimana yang dilaporkan [Harakah Daily] hari ini.
Mahfuz turut mempersoal kaedah projek berkenaan dibuat iaitu secara runding terus, dalam nilai yang tinggi.

"Kenapa projek itu dibuat secara runding terus dengan harga hampir RM12 juta. Ianya diberikan kepada TRC corporation iaitu kontraktor yang membuat pengkalan kapal selam di Sabah yang bernilai RM400 juta lebih," ujarnya.

"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan kewangan negara kita sekarang ini. Kewangan disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

"Kerajaan tidak harus sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan rakyat dan wakil-wakil rakyat kerana ianya melibatkan cukai yang dibayar rakyat," tegasnya.

Sewaktu perbahasan belanjawan 2010 di Dewan Rakyat petang semalam, Mahfuz mengutarakan perkara tersebut dan meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri, Datuk Chor Chee Heung (BN-Alor Setar) berkata, Kementerian tidak mengetahui mengenai kewujudan projek tersebut dan akan memberikan jawapan bertulis.

Rumah berkenan dakwa Mahfuz terletak di Lot 65 seksyen 60, Persiaran Mahameru dan projek berkenaan telah siap 20 hingga ke 30 peratus.



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. DATO MAHFUZ KAKI KENCING JUGA MENGAPA DIA TAK DATANG SIDANG DEWAN RAKYAT SEMALAM KALAU TIDAK BN DAH DITALKIN KAN. BODOH PUNYA MP

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita Mahfuz gi Jakarta. Dia tak tahu pun plan Pakatan...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.