TEMBAK JE DIA NI?


Kalau di Negara China, hukuman bagi orang semacam ini mungkin tembak sampai mati!.

Kalau budak-budak Poly jumpa perompak semacam ini, mungkin dah setengah mati dikerjakan mereka! Kalau tak percaya, tengoklah video kat bawah ni:



Tapi, undang-undang Negara kita tidaklah sezalim itu. Perompak semacam ini masih boleh dibebaskan mahkamah dengan jaminan 350 ribu ringgit. Kerana apa? Kerana dia belum lagi dibuktikan bersalah. Kalau dah didapati bersalah pun, dia masih lagi boleh merayu. Jadi, jangan pandai-pandai panggil dia perompak.

Entah berapa lama kes ini akan dibicarakan. Mungkin setahun, mungkin juga berpuluh tahun. Jadi, kes ini akan hangat sekejap dan lepas tu, rakyat Malaysia akan lupa atau tak ada minat nak ambil tahu.

Yang sangat berminat dengan kes ini adalah pelabur luar. Kerana kes inilah, mereka cukup takut untuk melabur di Malaysia. Apa tidaknya! Berita AFP melaporkan; PKFZ akan menanggung kerugian sehingga 2029 dan hanya akan mula pulang modal pada 2051! [baca di sini]. Memang berwawasan betullah projek kerajaan kita!

Kes PKFZ ni bukan macam kes ragut kat Jalan Bukit Bintang. Kes ini beribu kali ganda padahnya dari kes ragut. Ini adalah jenayah terancang untuk merompak duit rakyat Malaysia. 1 Dunia dah tahu dan waktu Najib bertemu pengurus dana asing di US baru-baru ini, soalan tentang skandal PKFZ lah yang paling mendapat perhatian media antarabangsa.

Yang perlu menanggung kerugian projek ini adalah Kerajaan Malaysia yang telah menjamin pinjaman sebanyak 3.6 billion ringgit. Akhirnya, rakyat jugalah yang terpaksa menanggung hutang itu. Kalau dibahagi-bahagikan jumlah itu kepada rakyat, ertinya 27 juta rakyat Malaysia perlu menanggung sebanyak 133 ringgit setiap seorang.

Untuk mendapatkannya dari rakyat Malaysia, maka akan adalah tarif dan cukai yang akan dinaikkan lagi pada masa hadapan. Khabarnya dalam masa terdekat ini, tarif elektik akan naik, harga petrol akan naik, yuran sekolah akan naik, harga gula akan naik, harga tol akan naik, harga beras akan naik dan macam-macam lagilah yang akan naik.

Yang syoknya, Mas kahwin di Selangor pun naik juga! [bacalah di sini]

Hmm.. alahai…bila lagi nak sedar ni!



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Saya ingat kan nak tembak ahli politik yang pertikai kerajaan bina masjid di malaysia . Dan sekor lagi ialah Anwar ibrahim, patut juga ditembak.

    ReplyDelete
  2. drpd tembak org kafir yg x fhm tntg Islam,baik tembak org Islam yg menentang hukum Allah,org konon2nye kata nk bela masjid,tp bila masjid kene roboh,pintu masjid dikunci di shah alam,org2 politik yg halang kuliah2 dan tazkirah agama di masjid2 tue yg sepatutnye kene tembak...

    ReplyDelete
  3. UMNO juga sudah buktikan bahawa orang yang menegakkan islam secara syumul akan ditembak... Ingat tak kes MEMALI.. Syahid Ibrahim Libya ditembak oleh 'UMNO' kerana ISLAM

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.