Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang semalam mengakui wujudnya elemen konspirasi untuk menjatuhkan beliau wajar meninggalkan kerajaan negeri dan PAS?
Pembantu kanan, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang minggu lalu dipecat sebagai pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu berkata beliau amat gembira jika Husam meninggalkan kerajaan negeri Kelantan.
Kata beliau, tidak berada dalam kerajaan negeri dan meninggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.
“Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana semenjak tiga tahun saya mengenalinya, saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS negeri Kelantan,” kata Syed Azidi yang dikenali sebagai blogger Kickdefella dalam tulisan blognya hari ini.
“Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya lagi.
Syed Azidi mendakwa kerajaan negeri Kelantan sudah tidak berminat untuk “membela insan-insan kecil.”
“Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi dalam Exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya,” kata beliau yang bertekad mahu terus mempertahankan Husam.
Semalam, Husam memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau. “Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi. Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan tiga penjuru merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.
Kerusi itu dipertahankan oleh Nasharudin Mat Isa.
“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.
Husam tidak menghadiri mesyuarat badan perhububungan negeri PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Nik Aziz atas alasan masalah kesihatan.
Sumber: Malaysian Insider
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.