Kelmarin, Teoh Beng Hock (gambar), setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah telah ditahan SPRM untuk siasatan berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat oleh 4 ADUN DAP Selangor.
Dan kira-kira jam 1.30 petang semalam, mayatnya pula ditemui orang awam di tingkat 5 bangunan yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kematiannya benar-benar mengejutkan 1Malaysia.
Pelbagai andaian awal telah dibuat berhubung kematian Beng Hock. Ada yang kata, beliau telah melompat keluar dari tingkap untuk membunuh diri. Ada pula yang kata, beliau telah dicampak keluar dan ada juga yang kata, beliau tidak tahan dengan seksaan pegawai penyiasat SPRM sehingga nekad membunuh diri.
M Manoharan, peguam yang menemaninya ke pejabat SPRM berkata, Beng Hock kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.
"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal-siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.
Menurut sumber polis pula, Beng Hock telah dibebaskan pada pukul 4 pagi semalam dan dikehendaki hadir semula ke pejabat SPRM bersama-sama dokumen yang diminta penyiasat SPRM. Namun pada tengahari semalam, mayatnya pula yang ditemui dalam keadaan yang ‘mencurigakan’.
Andaian Teoh Beng Hock telah membunuh diri telah ditolak Lim Kit Siang. Menurut Kit Siang, mendiang sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.
"Tidak ada orang yang berfikiran wajar, akan membunuh diri sehari sebelum dia akan kahwin".
"Dia nampak tenang. Sebelum ke pejabat SPRM, Manoharan (peguam Beng Hock) dan saya bercakap dengannya bagaimana hendak menjawab soalan.
"Jika ada sebarang masalah, saya yang sepatutnya (berdepan dengan tindakan). Saya tidak nampak mengapa dia hendak bunuh diri," katanya.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull pula berkata, siasatan terhadap Teoh - sebagai saksi kes - selesai kira-kira jam 3.45 pagi semalam. Namun mendiang dilihat masih berada di bangunan tersebut pada sekitar jam 6 pagi. SPRM sendiri tidak jelas mengenai punca kematiannya.
Nur Aflah: 1 lagi misteri yang melanda 1Malaysia.
TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.