Di sebalik usaha kerajaan negeri yang cuba menyekat kegiatan meruntuhkan akhlak remaja, sebenarnya terpampang sebuah pusat hiburan di sini yang dijadi port anak-anak muda melepaskan ketagihan arak.
Bukan setakat meminum arak malah premis yang dibuka bermula pukul 9 malam hingga 3 pagi itu juga dipercayai dijadikan lokasi pasangan kekasih bermadu asmara setelah khayal dengan arak dan dadah yang dibawa.
Tinjauan Kosmo! di pusat hiburan tersebut mendapati hampir 75 peratus pelanggan pusat hiburan bertemakan R&B (Rock & Blues) itu adalah ramaja Islam dan terdapat daripada mereka adalah pelanggan bawah umur.
Yang paling sedihnya pula, selepas khayal dengan arak, segelintir anak muda di situ akan mencetuskan pergaduhan kerana ingin merebut perempuan.
Bekas pengunjung tetap pusat hiburan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Farukh, 25, mendakwa, premis itu adalah tumpuan golongan anak muda melepaskan ketagihan arak secara terbuka tanpa perlu takut memandangkan pusat hiburan itu didakwa 'kebal' daripada diserbu oleh Jabatan Agama Islam Kedah dan polis.
Menurutnya, setiap hari Rabu dan Jumaat, premis itu akan dipenuhi kira-kira 100 remaja Islam dan setiap dari mereka akan dikenakan bayaran sebanyak RM30 untuk menerima sebotol arak.
Sumber: Kosmo
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
8 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
bilalah sahabat2 tu nak insaf, banyak2lah berdoa untuk mereka, nak approach direct mungkin kita tak mampu. Harap pihak penguatkuasa buat kerja keras sikit kot
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKat Kedah ke? Terlepas pandang la ..
Kalau betul kat Kedah, minta Us Azizan tolong tengok-tengokkan PBT - tentu tak buat kerja tu ..
Keadaan perlu berubah apabila PAS ambil alih kerajaan ..
p.s.:
Baru link blog saudari ke blog saya
Salam,
ReplyDeleteCerita budak Melayu ketagih arak ni barangkali cerita lama.
Tapi yang menjadi tanda tanya pada saya, adakah ini bermakna bahawa pendidikan Islam yang kita beri selama ini (misalnya pelajaran agama Islam di sekolah-sekolah) tidak berkesan langsung untuk membendung fenomena tersebut?
Kita biasanya mengharapkan pihak yang berkuasa akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang berkenaan.
Tapi ini tidak akan berkesan, jika yang empunya diri tidak ada ketahanan dan kekuatan untuk menjauhi perbuatan maksiat tersebut.
salam
ReplyDeleteTak kira;ah kat kedah ke kat kelantan ke kalau dah ibu araknya masih lagi beroperasi di negara kita ini selagi itu lah anak2 iblis tetap berbleluasa. Yag haiarannya Thailand bukan sebuah negara Islam boleh umumkan pengharaman arak. Tak pelik ke negara Islam Hadhari,.....
Salam,
ReplyDeleteI say, kalau tak hendak minum arak, jangan lah pergi. Biarlah mereka yang tak insaf.
Gejala yang lebih besar dikalangan orang Islam adalah RASUAH (Umno)- sebab ia hancurkan semua, bukan sekadar yang minum sahaja.
Harg harg harg...... semut hujung laut nampak(patut kuman), bangkai godzilla depan mater buat derk..... wah wah wah, meh plak salah-menyalah, semua salah, allah salah kot jadikan manusia? keh keh keh.
ReplyDeletesistem, sistem, sistem, dah akarnya demokrasi(aturan), batangnya demokrasi(negara), buahnya demokrasi loh(rakyat).......
tahniah, tahniah, tahniah.....
Nuraflah,
ReplyDeleteChekdee risau juga tentang perkembangan sosial anak-anak masa kini...... hmmmm ... chekdee rasa ibubapa masa kini sangat bekerja keras untuk membina ekonomi keluarga.... tanpa disedari....sosial anak telah terabaikan.... dan.... dengan kewujudan media elektronik yang tak terkawal..... menyebabkan lebih buruk keadaan sosial masa kini....
Iklan ditv astro sahaja....sudah banyak yang mengairahkan..... hmmm... bagaimana orang-orang yang cetek iman boleh bertahan......
Salam,
ReplyDeleteSetuju dgn Chekdenoor..sbg contoh Astro...banyak baik atau buruk...
Umpamanya....kita salahkan lubang dijalan bila kereta terjatuh kedalam lubang itu...sedangkan kita yg pandu laju...orang lain yg melalui jalan itu tak jatuhpun....
Rentikanlah budaya salah menyalahkan....bina keluarga Mithali....Kalau kita tak dapat pantau ahli keluarga...jgn salahkan orang lain hatta Kerajaanpun.....
renug-renungkanlah...