Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mendesak Umno mengambil tindakan segera terhadap beratus-ratus aduan mengenai amalan politik wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno dan mesyuarat bahagian-bahagian yang baru selesai.
Ini kerana Mubarak berpendapat, Lembaga Disiplin Umno terlalu lambat mengambil tindakan terhadap ratusan aduan yang dibuat mengenai amalan rasuah dalam parti itu.
"Melengah-lengahkan kes ini telah ditafsir oleh ahli-ahli dan pemerhati sebagai Umno tidak serius terhadap rasuah politik dan mahu perkara ini dilupakan dan mati secara perlahan-lahan," kata Setiausaha Agung Mubarak, Datuk Md Di A Ghani dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.
Oleh itu, katanya, majlis tertinggi Mubarak, dalam mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh timbalan presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman hari ini, mencadangkan dan mendesak supaya langkah-langkah segera diambil untuk menangani gejala itu.
Antaranya ialah membesarkan Lembaga Disiplin dan anggota-anggota siasatan agar beratus-ratus kes itu disegerakan sebelum Mac 2009.
Mubarak juga mahu semua pihak supaya jangan menganggap Lembaga Disiplin sebagai sebuah mahkamah yang memerlukan keputusan 'tanpa sebarang keraguan yang munasabah' untuk mensabitkan sebarang kes.
Md Di berkata lembaga disiplin adalah badan dalaman yang diberi kuasa untuk menjaga nama baik Umno dan untuk kebaikan Umno.
Katanya jawatankuasa itu adalah instrumen bagi Umno untuk memelihara agama, bangsa dan tanah air, oleh itu tindakan mesti diambil walaupun tindakan itu boleh dilihat dan ditafsirkan sebagai adil atau tidak adil oleh pelbagai pihak.
"Jawatankuasa Disiplin jangan tunduk kepada pihak-pihak tertentu yang mahu menjalankan pendakwaan memilih-milih kepada hanya kes-kes tertentu dan mahukan kes-kes yang lain disembunyikan.
"Jangan jadikan Jawatankuasa Disiplin sebagai sasaran bila Umno tidak berjaya menangani rasuah politik, pada hal yang bertanggungjawab adalah kepimpinan Umno sendiri," kata Md Di.
Katanya Majlis Tertinggi Mubarak mendesak Lembaga Disiplin melaksanakan tanggungjawabnya tanpa takut atau memihak untuk membanteras rasuah politik dalam Umno yang telah menjadi barah.
Sumber: Malaysiakini
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
2 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Lembab kerana di'lembab'kan
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteRasuah politik dalam UMNO bukan perkara baru. Dan sudah terbukti bahawa Lembaga Disiplin UMNO memang tidak mampu mengurangkan, apalagi menghapuskan rasuah dalam parti itu.
Jadi barangkali adalah perkara yang sia-sia saja jika Mubarak masih berharap bahawa Lembaga Dsiplin UMNO akan dapat menghapuskan rasuah dalam parti itu.