Assalammualaikum buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini.
Setelah beberapa minggu tidak menjenguk blog ini mahupun melayari alam maya, masih ada lagi yang sudi bertanya khabar melalui email mahupun di ruangan komentar blog ini. Terima kasih dan ribuan ampun dan maaf kerana tidak dapat membalas semua kiriman yang telah dihantar.
Sebelum itu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa tanah runtuh (termasuk Che’ Dee sekeluarga), mangsa banjir, mangsa kemalangan jalanraya, mangsa penipuan, mangsa tahanan ISA, mangsa rogol, mangsa chikugunya, mangsa penderaan dan segala macam mangsa yang wujud di Malaysia hari ini.
Semoga kalian tabah menghadapi dugaan dan juga ujian daripada Allah SWT itu.
Kembali semula ke tajuk asal, sekembalinya dari ‘percutian’ itu (tahun ke 3 – menjawab pertanyaan Uncle Al-Brangi sebelum ini), puteri saya diserang demam secara tiba-tiba. Mungkin kerana perubahan cuaca yang mendadak dan perhatian perlu diutamakan padanya kerana si puteri itu memang langsung tidak boleh berenggang dengan ibunya bila sedang demam atau sakit.
Dalam masa yang sama, laporan kewangan dan pelan perancangan syarikat untuk tahun 2009 perlu disiapkan. Lebih perit lagi, dua kali pelan itu terpaksa diubah kerana tidak menetapi kehendak si dia (jangan marah eh..).
“Don’t update your blog until u done your works…”
Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga ini. Sebagai seorang isteri, tiada perkara yang lebih utama daripada mendapatkan keredhaan suami dan sebagai pekerja, tiada perkara yang lebih utama daripada memuaskan hati ‘orang atasan’. Dan sebagai blogger, tiada perkara yang lebih utama dari … (dari apa ek?).
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar biarpun terpaksa berkejar ke sana-sini sambil menahan rasa rindu pada blog ini. Biarpun masih ada beberapa perkara yang belum selesai, namun itulah resam kehidupan. Selagi belum tutup mata, “Kerja! Kerja! Kerja!”. Apapun, terima kasih pada Cik Ayu yang sudi membuat video-video menarik untuk dimuatkan dalam blog ni dan juga di You Tube.
Maafkan saya kalau isi ‘posting’ ini agak ‘personal’. Sebenarnya, kerana bebanan tugas dan tanggungjawab, saya langsung tidak menghiraukan perkembangan politik dan berita semasa. Kalau dengar pun, setakat gitu-gitu sahaja. Insya’Allah, selepas ini, saya akan menulis semula tentang dunia politik.
Sewaktu di luar negara, saya sempat menghadiri seminar yang berkaitan ‘perkembangan dunia Islam’ atas pelawaan seorang rakan lama. Isu yang dibangkitkan dalam seminar itu lebih tertumpu pada persoalan persepsi masyarakat bukan Islam terhadap dunia Islam pada waktu ini.
Seminar itu dianjurkan di sebuah negara yang bukan Islam dan pesertanya pula lebih ramai yang tidak Islam daripada Islam. Tapi entah kenapa, saya berasa seolah-olah berada dalam kumpulan manusia “yang bukan Islam tapi lebih Islam dari saya”.
Mereka yang bukan Islam itu lebih memahami Islam daripada apa yang saya fahami. Saya sendiri pun tidak sedar yang sejak peristiwa 11 September, Al-Quran antara buku yang paling laris di Amazon.com. Khabarnya, pembelinya pula lebih ramai yang bukan Islam daripada yang Islam.
Lebih menarik lagi, kebanyakan peserta yang bukan Islam dalam seminar itu turut membawa tafsir Al-Quran untuk merujuk sendiri ayat-ayat Al-Quran yang digunakan oleh panelis dalam seminar itu dan saya sendiri tidak membawanya. Malunya..
Bila diamati, tiada apa yang kurangnya pada tahap pemikiran peserta yang bukan Islam dalam seminar itu dengan pemikiran umat Islam di negara ini berhubung isu Islam. Bezanya, mereka itu belum lagi menerima hidayah daripada Allah SWT dan kebanyakan umat Islam di negara ini pula telah diislamkan sejak keluar dari perut ibu mereka.
Saya sempat berbual dengan beberapa peserta seminar itu dan rupa-rupanya, kehadiran mereka di situ untuk lebih memahami Islam dan bukannya untuk mencari kekurangan yang terdapat dalam Islam.
Ada yang tanpa segan menyatakan,
“Semakin aku mencari kekurangan dalam Islam, semakin aku menemui kelebihan yang terdapat dalam Islam. Semakin aku memahami Islam, semakin aku yakin kebenaran yang dibawa oleh Islam.”
Fikiran saya terus melayang ke tanahair sendiri. Entah kenapa, negara yang mengaku Islam dan memiliki kudrat umat Islam yang teramai masih mahu memisahkan Islam dengan kehidupannya.
Bila bersesak dalam ruangan solat yang serba daif di bumi asing, semakin saya sedar yang negeriku ini terlalu luas ruangan solatnya, tapi pudar semangat Islamnya. Di manakah silap kita?
Akhir kata, saya teringat ayat di bawah ini yang diungkapkan oleh moderator seminar tersebut,
“Sekiranya kalian tidak bersedia untuk membaca dan mendengar idea orang lain yang bermungkinan bercanggah dengan idea-idea kalian, kalian tidak sepatutnya berada di sini."
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
7 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
orang bukan Islam sukakan Islam, tapi yang dah Islam macam tak suka je pada Islam
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBarangkali bagi kebanyakan orang Islam di Malaysia Islam tu hanyalah fardu ain (ibadat khusus), sedikit sebanyak fardu kifayah, dan pelbagai hukum halal dan haram saja.
Islam tidak dianggap sebagai addin atau cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, yang meliputi semua huhungan manusia dengan Allah, alam dan manusia.
Kesalahan kita melihat, mendekati dan memahami Islam, mungkin menyebabkan tidak ada peningkatan dalam cara kita mengamalkan Islam, sejak dulu hingga sekarang.
Salam,
ReplyDeleteTerima kaseh di atas ingatan cek nurafflah kepada chekdee...... sekarang ni chekdee dah balek rumah....dan chekdee juga sedang mengintai-ngintai nak sumbangkan tenaga sebagai sukarelawan savebukitantarabangsa......... bukan mudah nak terus jer pindah dari situ....semua proses kena pakai duit...so kena tunggu juga...... dalam kegawatan ekonomi bergitu...compony suami chekdee ijm dah umumkan pemotongan gaji 10% sepada semua staff...hmmmmm....... bergini lah live kan........
Thanks ya......
Good to see you back Cik Nur Aflah,
ReplyDeleteI am sure there are many who are wondering where you've been.
Quite interesting when you mentioned about Amazon.com. I bought a lot of books from there. And not just books that you can get, they are now expanding it into electronic equipments etc.
Perhaps you may want to do the same.
Jacques.ah
Aflah, welkam back. Sy hrp Aflah dpt share lbh byk ilmu berkaitan seminar tu.
ReplyDeletesalam......
ReplyDeletekakkkkkkkkkkkkk........ balik gak akhirnya..ingt dh pindah p planet marikh...;-)
Islam ialah cara hidup... mungkin 'org luar' lebih paham dan amatinya dari kita...;-)
Salam puan....
ReplyDeleteBila orang bukan islam dan orang Islam baca ayat suci.....ada bezanya.....w/pun sama-sama lancar...
Hidayah itu urusan Allah....