ZAID KENA TAUBAT KALAU NAK JADI MELAYU?


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

“Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

“Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka,” kata Shahidan yang ditemui pada majlis penutup Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Perlis 2008 dan Kejohanan Lumba Basikal Wanita Piala Presiden di sini hari ini.

Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.

Baru-baru ini Zaid mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Puan Nur Aflah,

    Kartun tu dah tak berapa relevan lagi kot. Shahidan Kassim dah umum TAK BERTANDING jawatan Naib Presiden UMNO.

    ReplyDelete
  2. Salam Aflah,

    Walaupun mungkin kartun tu tak relevan dek kerana penarikan diri shahidan tapi saya suka dengan dialog balas yang rasanya cukup RELEVAN....

    Dahsyat fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melayu pun kena bertaubat juga ke??? kena tunggu Mantan Mufti Perlis Awal Disember buat kenyataan balas walaupun dia pernah buat kenyataan tentang isu ketuanan melayu ni...

    UMNO dah haru bukan lagi kelabu macam2 warna dah campur....

    thx!

    ReplyDelete
  3. salam

    `Asabiyya dalam UMNO.

    “Zaid perlu bertaubat, jika tidak,
    perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu,” kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

    TAUBUAT :
    DALAM UMNO.
    Zaid rumpun apa?
    Shahidan rumpun apa?
    Jaga ketuanan Melayu.
    Tapi rakyat Melayu tidak dijaga.
    Hendak jadi tuan tapi bertuankan cina.
    Inilah Ketuanan Melayu.
    yang taubuat.
    1.Buat kotor.
    2.Buat keji.
    3.Buat macam-macam demi kuasa
    (superpower).
    Lepas itu tinggal bangkai kepada rakyat.Untuk ditutupi.
    Bangkai itu berbau busuk........
    Ada lubang hidung pun belum tentu boleh tutup.
    Itulah kuasa yang ada pada Tuhan.
    Ketuanan Melayu.
    Taubuat keji, yang merana adalah rakyat.
    Ketuanan Melayu tidak dijaga akan pupus.
    Orang UMNO adalah yang menghancur dan merosakan ketuanan Melayu.
    Ini bermakna ketuanan melayu tidal memjamin masa depan orang-orang melayu,sifat Asabiyya tidak sesuai bagi ketuanan melayu,sejarah telah membuktikannya.Bagus dalam kata logik akal,tapi perlaksaannya tidaksebagimana yang sebenar.Sebab tidak berpanduan dengan konsep Islam sebenar.
    KAUM TIDAK DAPAT UBAH KAUM.
    INI KAUM APA.
    MELAYU LE!!!!!!!!!HIDUP UMNO.
    MELAYU MAMPUS/LUPUS

    ReplyDelete
  4. aku org melayu.. tapi aku tak angkat pot pun isu ketuanan ketuanan...korang jer yang dok sebuk sebuk isu ketuanan.. tanah nih tanah melayu.. nk ketuanan ker atau taknak apsal korang sakit ati. yang nak buang bangsa ikut suka korang lah jgn nak paksa orang lain buang...

    assabiyah tu yang parti lain tuh apa tak assabiyah ker... tengok parti bukan melayu lagi di bangga nya...korang jer yang tipu diri sendiri. pirah

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.