SAYA MASIH ISTERI AZIZ?
"Aziz belum jatuhkan talak terhadap saya."
Itu luahan Nor Radhiah Ramli mengulas status perkahwinannya ketika ini dengan pengarah terkenal, Aziz M. Osman di sini semalam.
Malah guru kelas agama dan fardu ain berusia 22 tahun ini berkata, beliau sudah meminta kepastian daripada Mahkamah Syariah, di sini mengenai status perkahwinannya semalam yang mengatakan pernikahan dengan Aziz masih sah.
"Sebenarnya saya juga sudah mendapat surat daripada Mahkamah Syariah pada 28 Julai lalu yang mengatakan perkahwinan saya sebelum ini sudah terbatal.
"Aziz juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini sejak kami masih berkawan dan sehingga kini kami masih suami isteri yang sah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sebarang Baruh dekat sini, semalam.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar mengenai dakwaan ibu pengarah itu, Afida Es yang mengesahkan kedua-duanya sudah berpisah.
Afida mendakwa perkahwinan tersebut tidak sah kerana Nor Radhiah masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan bekas suaminya.
Aziz dan Nor Radhiah bernikah di Masjid Padang Nenas, Kuala Terengganu pada 16 Ogos lalu selepas mula berkenalan ketika mengerjakan umrah pada Mac lalu.
Dalam pada itu, Nor Radhiah enggan mengulas mengenai perkahwinan sebelum ini dengan bekas suami yang dianggap satu kesilapan dan tidak mahu mengungkit mengenainya.
Sumber : Kosmo
Nur Aflah : Bagaimana Nor Radhiah boleh berkata "sehingga kini kami masih suami isteri yang sah" sedangkan perkahwinannya dengan Aziz sudah dibatalkan oleh Mahkamah Syariah?
Dan ini pula jawapan dari Aziz,
"Macam mana saya nak bercerai sedangkan benda ini (perkahwinan) tidak berlaku?"
Itu jawapan pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman (gambar) mengenai dakwaan beliau bercerai dengan 'isterinya' seorang ustazah muda kelahiran Terengganu, Nor Radhiah Ramli, 22, di sini semalam.
Menurutnya, beliau kini masih lagi sangsi mengenai statusnya sebagai suami kepada Nor Radhiah ekoran dakwaan menyatakan ia tidak sah.
"Sebenarnya kami masih sangsi dengan status kami sendiri sebagai suami isteri dan perkara ini masih lagi dalam siasatan.
"Jadi, saya tak mahu mengulas panjang tentang hal ini. Terlalu banyak orang yang terlibat, kalau boleh saya tak mahu komen apa-apa," katanya ketika dihubungi.
Semalam, ibu kepada Aziz, Afida Es memberi kenyataan kepada sebuah akhbar menyatakan Aziz sudah berpisah dengan Nor Radhiah.
Perpisahan ini disebabkan wanita yang dikahwini Aziz itu masih lagi dalam tempoh edah.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nor Radhiah, Ramli Yusuf, 52, disaksikan oleh Jurunikah Mukim Batu Rakit yang juga merupakan bapa saudara Nor Radhiah, Ismail Yusof, 63, pada 16 Ogos lalu.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Bila sebenarnya Nor Radhiah Ramli bercerai dengan suami lamanya?
ReplyDeleteSalam!
ReplyDeletekan saya dah offer diri saya sebelum ni...
hehehe! sudahlah tu...
sepatutnya isu nih tk ada dalam laman nih pun takpa. sepatutnya kita berdoa untuk mereka kebaikan dan kebajikan..bukan bergurau bodoh seperti komen kedua tu.. di balik ALLAH pada anda apa nak kata. terlalu peribadi masaalah individu ..jgn lah bergurau nak offer offer pulak...itulah tahap akhlak orang sekarang nih. dah tak boleh beza... kalau lah dua individu tersebut mendengar pasti tercalar perasaan mereka. kalau lah aku sebagai perempuan dlm hal nih dan penulis 'perfectwater" offer offer seperti aku nih takder harga diri...ingat aper dagangan ker . tapi ini isu orang lain . tapi apa pun isu sesiapa pun perlu lah hormati...jgn kurang ajar..dalam komen.nabi tak mengajar sebegitu pada umatnyer. fikir lah sendiri
ReplyDelete