NAJIB : BAJET ANWAR TAK BOLEH PAKAI?

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manafikan beliau berbohong mengenai budget alternatif yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, yang jumlahnya kurang RM24 bilion daripada budget kerajaan, serta bersifat menguncup.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengulas tindakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Najib berbohong mengenai angka-angka pada budget alternatifnya sewaktu menyampaikan ucapan penggulunganya.

"Ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya terus berkembang," kata Najib dalam ucapan penggulunganya.

Tambahnya, dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan, kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek-projek tambahan berimpak tinggi hasil daripada penjimatan subsidi minyak.

Najib berkata budget alternatif menguncup pembangkang merupakan satu cadangan yang boleh membawa ekonomi ke lembah kehancuran seperti yang pernah berlaku pada tahun 1997.

Sumber : Bernama



Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam,

    Orang yang tidak tahu menguruskan negara dipileh jadi pemimpin utama negara.
    Perbezaan kira-kira RM24 bilion.
    Budget kerajaan berjumlah RM154.172.
    Duit 7 billion pun ambil drp lebihan jualan minyak.
    Kenapa harga kelapa sawit jatuh terok adakah kena mengena dgn krisis sub prima yang berlaku di Amerika .

    Najib berkata budget alternatif menguncup pembangkang merupakan satu cadangan yang boleh membawa ekonomi ke lembah kehancuran seperti yang pernah berlaku pada tahun 1997.

    APA KENA MENGENA DGN EKONOMI 1997-ITU KRISIS TUN DGN SOROS KERANA TUN MULUT CELUPA BERCAKAP PASA AMERIKA.
    Tahun hadapan sudah pasti ekonomi negara menguncup 3.5 peratus kata nya kecil sahaja.
    Kalau kerjaan sudah tidak berduit hendak koret duit minyak lagi.
    Pinjam duit KWSP katanya ada jaminan drp kerjaan,jaminan mulutsahaja.
    Kalau ada duit, kenapa pinjam duit KWSP?
    Hendak buat jambatan pun pinjam duit drp china
    Nanti hendak jual pula BON_BON.

    BN akan terkubur sendiri.Hendak rebut apa lagi duit sudah kosong.

    Nanti Parti PKR yang akan bayar hutang kerajaan.kerana UMNO sudahterkubur.

    ReplyDelete
  2. ++++++++Kalau dia hebat sangat kenapa harga sawit jatuh,Ini menunjukan dia hanyacakap sahaja.
    Hendak jaga buah kelapa sawitpun tidak boleh.
    yang dia tahu hendak ambil kesepatan drp biji kelapa sawit tunggu bila hargaakannaik.......
    FELDA OH FELDA.

    ReplyDelete
  3. artikal diatas menarik jugak....penuh keilmiahannnnnn ...he he lu hebat lar. teringat aku sementara nak tunggu masuk waktu jumaat....peniaga ubat kuat cakap macam nih... kalah doktor sakit tuan...kira ok lah teruskan en.

    ReplyDelete
  4. pada saya....ape yg pak lah dan najib buat adalah utk mengembalikan keyakinan pelabur2 luar yg telah ditakut2kan oleh pembangkang yg membayangkan kepada dunia bahawa Malaysia negara yg tidak selamat.

    pernahkah pembangkang terfikir sekiranya mereka berkuasa kelak....adakah persepsi pelabur akan berubah dgn begitu shj??? mereka harus ingat...BN yg menjadi pembangkang (mungkin???) pada masa itu akan menyerang mereka dgn cara yg sama (menakut2kan pelabur) utk membuktikan bahawa kerajaan pakatan rakyat (if it happens???) tidak dapat membangunkan ekonomi negara...inilah yg pembangkang sedang buat sekarang ni terhadap kerajaan BN...dan tindakan ini akan melambatkan proses Malaysia utk menjadi negara maju yg disasarkan pada 2020....

    saya menyokong penuh langkah kerajaan menarik balik subsidi minyak utk disalurkan ke arah lain...dan 7 billion yg telah diselamatkan daripada dibakar begitu shj oleh rakyat Malaysia telahpun diumumkan cara penggunaannya...biarlah orang kaya bayar lebih utk kereta mereka kerana adalah mustahil orang miskin akan berkereta besar (kalau menang loteri mungkinla, ke pinjam ke).

    dalam hal ini...kerajaan harus menunjukkan keyakinan yg tinggi terhadap kebolehan negara dgn menyuntik wang utk mengembangkan ekonomi semata2 utk mengembalikan keyakinan pelabur asing...kita harus tunjuk kita yakin....baru la orang yakin dgn kita....

    mengenai tambatan ringgit yg tidak ditambat....itu juga adalah salah satu cara utk menunjukkan keyakinan kita kepada dunia....utk meningkatkan keyakinan pelabur asing utk datang melabur di Malaysia.....

    24 billion tu banyak....dan byk sebenarnya yg boleh dibuat utk mengembangkan ekonomi...ini adalah satu bentuk pelaburan....dalam pelaburan, mungkin boleh untung mungkin juga boleh rugi....tapi kalau tak melabur, memang sah2 ape pun tak dapat....kemanakah 24 billion itu akan disalurkan kalau ia dijimatkan ???

    Jangan la kita buat sesuatu ikut perasaan....kalau aku tak dapat....kau pun tak boleh dapat....itu cara IBLIS LAKNATULLAH....disebabkan iblis tak dapat masuk syurga....anak2 Adam pun semuanya nak diheret ke neraka....

    kepada sesiapa yg berkenaan...tolonglah fikirkan....sebab manusia ni bertelagah hanya disebabkan 3 perkara. kalau tak PEREMPUAN, bergaduh sebab HARTA, kalau tak pun, merebut KUASA......

    ingatlah balik mcmmana Melaka boleh jatuh ke tanya Portugis dulu....semuanya disebabkan pertelagahan sesama ISLAM pada masa tu.....

    Wassalam...

    rizanskywalker@live.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.