MUKTAMAD : SHAHRIZAT MAHU LAWAN RAFIDAH?
Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan, menurut sumber-sumber.
Shahrizat dijangka mengumumkan keputusannya Khamis ini yang sekaligus akan melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.
Sumber-sumber itu memberitahu Bernama, Shahrizat berpendapat bertanding jawatan itu adalah keputusan yang terbaik baginya memandangkan Rafidah tetap bertegas untuk melepaskannya hanya pada Jun dan menolak desakan dari banyak pihak dalam parti supaya peralihan kuasa Wanita Umno diselaraskan dengan pelan peralihan Umno induk iaitu pada Mac.
Pada Mac, Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan kedua-dua jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber-sumber itu berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang.
Kamilia berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno.
"Malah pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi opsyen kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan Ketua Wanita Umno. Pada masa yang sama ia telah juga memudahkan beliau membuat keputusan itu," kata sumber-sumber itu.
Shahrizat, menurut sumber-sumber itu lagi, telah memberitahu keputusannya kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno minggu lepas mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.
Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.
Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku Ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan.
Shahrizat ketika dihubungi berkata: "Tunggulah sehingga saya membuat pengumuman rasmi".
Sementara itu, Rafidah yang kini bercuti di Hong Kong, ketika dihubungi berkata beliau akan hanya mengulas mengenai perkara itu sekembalinya daripada cuti.
Bagi jawatan Ketua Wanita Umno, Rafidah mendapat 117 pencalonan manakala Shahrizat 73.
Bercakap di Tashkent, Uzbekistan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menemui pemimpin-pemimpin Wanita Umno sekembalinya beliau ke tanah air daripada lawatan ke dua buah negara Asia Tengah sekarang untuk menyelesaikan isu kepimpinan dalam pergerakan itu.
Sumber : Bernama
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Folks,
ReplyDeleteWhat the hell are these women running around playing politics, when they are not allowed to even go to school!(According to the Taliban's interpretation of Islam)
Salam,
ReplyDeleteBaguslah kalau betul begitu.Hanya itu caranya untuk menundukkan ego Rafidah dan membatalkan keputusannya yang tidak rasional.
nie xde cite lain ke??
ReplyDeleteasyik2 cita pemilihan umno nie..
aku dh bosan la dgr..
umno ni dh nk hancur dh..
mcm2 bnda berlaku dlm umno skrg..
smpai bgduh sesama sndiri..
bosan la dgr cita umno..
cita bgus xpe jgk nie semua xbgus..
crita politik wangnya..cerita ahli bergaduhnya..cerita berebut jawatannya..nmpak sgt dh bersatu..makin menghampiri kehancuran saja
Baguslah macam tu...masa masih ada..pastikan dapat maklumat yang betul dari akar umbi...
ReplyDeleteW/pun bertanding...kadang kala elok untuk mendapatkan pemimpin berkendiri....
Buat ammar,yg bergaduh 2 bahagian daripada beratus bahagian UMNO di Malaysia, Rasuah politik polimik dan bersifat subjektif....