KES SHEIKH MUSZAFFAR AKAN DISIASAT!

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menyiasat dakwaan sebuah akhbar milik pembangkang bahawa angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah memperoleh pendapatan hampir RM1.2 juta hasil siri ceramah yang dilakukannya di seluruh negara sejak tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Fadillah Yusof melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan angkasawan berkenaan sebagai 'tidak patut' sekiranya spekulasi itu terbukti benar.

"Bagaimanapun, dalam hal ini, saya terpaksa menyiasat perkara ini terlebih dulu memandangkan berita itu datangnya daripada akhbar pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar yang mendakwa Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.

Menurut laporan akhbar berkenaan, angkasawan itu telah menjana pendapatan sebanyak RM1.2 juta secara purata daripada 150 badan korporat sejak kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa pada Oktober 2007.

"Jika benar, ia tak patut berlaku sebab Sheikh Muszaphar merupakan ikon negara dan dia merupakan tiket dan lambang kepada kejayaan negara.

"Dia dilahirkan untuk memberi inspirasi dan menyemai minat dalam bidang sains dan teknologi kepada remaja dan belia Malaysia.

"Oleh itu, dia perlu lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan, dia juga perlu jaga imej baiknya... memang tak patutlah (merujuk kepada spekulasi)'' ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Fadillah, memandangkan kontrak yang dimeterai oleh angkasawan itu sebagai duta MOSTI sudah pun berakhir baru-baru ini, tiada tindakan khusus boleh dikenakan kepadanya.

"Selepas kontrak beliau tamat dengan kita, dia secara automatik mempunyai hak dan bebas melakukan apa yang dia suka.

"Namun, apa yang ingin saya katakan, walau nak buat ceramah sekali pun pada masa akan datang, mintalah bayaran yang berpada-pada dan jangan sesekali mengenakan caj yang tinggi,'' katanya.

Jelas beliau, dalam pengetahuannya, Sheikh Muszaphar hanya memberi ceramah secara percuma di mana-mana organisasi semasa masih bersama MOSTI.

Sumber : Utusan Malaysia

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. aku pun pelik lah... apsal muszaffar pun nak dijadikan isu. lantak ke dia lah. kalau dia dapat pendapatan tinggi hasil usaha nya tkkan itu pun salah. nak cari rezeki dan kalau betul caranya salah ker. bukan dia pergi letupkan ATM machine......akhbar pembankng kalau ada bukti takpa. ...takda bukti dan niat saja nak mengelegak perasaan perasaan pembaca dan bagi timbul suasana tak eluk lagi teruk dari sheikh tu. . harap tak lah...aku pun tengok sheikh muszafar just a common person macam kita semua.

    ini lah masaalah dengan masyarakat kita . segelintir dari kita suka PHD ..... cuba bawa isu masaallah sosial dan ajak ahli masyarakat fikir kan bagus. atau bawa isu ekonomi ajak orang melayu supaya maju dan berdikari kan menarik.

    ini benda tak membawa faedah pun nak dijadikan isu. esuk kisah kucing beranak pun boleh jadi jadi isu....oiiiii melayu semua....udah ler. ....wake up call lah kita. lets positive. kita nih kan nyer hebat sangat...sepatutnya kita lahirkan 1000 muszafar dalam lain lain bidang. dah kita patut bangun bina kekuatan...aku teringin nak tengok semua bandar bandar utama pemiliknya semua melayu. cuba bayangkan bandar tempat anda semua gedung perniagaan 80% adalah pemilik nya adalah melayu...dan sambil anda nak masuk ke kedai. terkezut beruk tengok pembeli cina datang berbelanja.....sambil terdengar suara" murah sikit ma...saya beli banyak..." kata puan yong pada hj taufik tokeh mini market di bandar tanjung malim. apa perasaan anda jika lah situasi itu berlaku sekarang ...tapi kalau asyik PHD usah nak kuasai....silap silap haribulan pengguna melayu tak di layan sebab masa tu pun melayu takda kuasa ekonomi. datang pun belanja pun tak sampai rm50. lepas tu nak berutang jer.


    sheikh muszafar tu biarlah kan dia.dia takda buat kecoh pun. ....
    kita nih patut tingkatkan diri lagi.majuuuuuuuuuuu...

    ReplyDelete
  2. Salam Aflah,

    Saya secara peribadi langsung tak hormat kepada budak lepas angkasa ni kerana memang terbukti dia demand tinggi. Organisasi saya pernah menjemput dia untuk satu majls rasmi dan dia minta sampai RM 5k,waktu itu dia masih lagi duta MOSTI, dahlah perabis duit rakyat sampai berpuluh juta,tkkn tkde rasa prihatin untuk menyumbang bakti kepada rakyat,ini tidak demand tinggi lagi...tapi AFLAH, yg saya hairan sgt ialah, knp MOSTI tk tau budak pelancong yg lepas angkasa ini tetapkan bayaran tertentu jika mahu dia hadir dalam sesuatu majlis? kalau timbalan ementeri yang bengong ini atau orang kiri kanan dia baca komen saya ini, siasatlah dalam agensi seperti Perpustakaan Awam negeri yang telah menjemput budak ini kalau nak tahu berapa payment utk satu talk show dengan orang yang tak tahu diuntung macam si anony ni juga, dia tak sedarkah duit siapa yang dibiaya untuk bagi peluang kat budak ini melancong kat sinun???Bukan soal pembangkang yang keluarkan isu ini cuma rata wartawan tahu tetapi akhbar pro-kera terlalu 'TELUS' untuk menyiarkan laporan sebegini...Pakat fikirlah sendiri!!!

    Tak faham!!!

    thx!

    ReplyDelete
  3. itu lah seketul minda.... bodoh.
    there s nothing wrong with that muszafar..blaming him for demand rm5k.... he just give an offer ...and yet its up to yhe organiser..to accept or reject. who ever approved should b blamed.. any bussiness dealing its between two parties...theres an offer and acceptance. it is just any common dealing ...

    on issue perabis duit rakyat...it is not him who plan everything....itu satu andaian bagi orang yang berhati busuk....cuba yang pergi tu yang mengata...pasti sama juga. kenapa salahkan dia... thousands apply, screened in all stages ...is just that he passed all those test. segala rintngan bekerja keras dan dapat inilah nilai juang diri beliau... bukan mcm segelintir melayu...semua nak di sudu...nak free... tengok segelintir graduan melayu... kelas apa dapat.. janji dapat scroll. halo kawan tengok peel segelintir melayu ....cabaran dalam kerja ...di swasta mengeluh ... tak tahan cabaran...berenti lari masuk gomen...masuk kpli masuk ptd. mental tak tahan tekanan....komplen pandai...itu tak kena ini tak kena

    yang organisasi dah tau mahal buat aper ambik....konsep free enterprise ... ikut penawaran lah..lain lah orang makan gaji...apa dia tau punch jam 8 atau 9 balik jam 5 6 . hujung bulan jolok atm. duit mashuk.

    i m appreaciate him just as individu...kesungguhan mencapai sesuatu dan kemahuan yang tinggi untuk lakukan sesuatu.

    to called him as space tourist...come on lar my friend...who start labelling him... puak pembangkang yang fakir isu. . dont attack mamat nih secara personal... kalau nak kritis sangat attack lah penganjur
    ....they should b blamed. kalau nak kira bab pembaziran .tak ketelusan...kroni ker aper ker semua orang yang terlibat dengan politik masing masing ada agenda...lepas tu di cari lah penyokong yang tonggong angguk kepala. aku tak sided pd mana puak. my subject matter is muszafar as a person. he worked hard,take the challanged, proved everything..he got it... so itu jer...his bussiness or personal nothing as an issue.

    tapi segelintir manusia kalau hati busuk cakap aper pun tak guna..mata telinga hidung mulut sentiasa negatif. hati lagi lah.

    biasa nyer orang yang ada inferiority complex biasa macam gitulah... menilai ikut akai dia yang tak maju.

    golongan nih biar jer pemikiran nya berkembang sebegitu. sampai tua .....cari salah orang. dan tak kan kemana. nak tegak kebenaran konon.....hi hi hi

    ReplyDelete
  4. Senioorrr, it's me again norzana(syarifah elliza).Before Dr Harlina appear in Nona magazines in different faces they told me not only your fiancee but your wife and Raja Azlan Shah's daughter. But i've complaint to Istana Perak, check with them. I'm still here handsome....you can get me at norzana_103@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Dearie, it's me again norzana(syarifa elliza).Before Dr Harlina appears in Nona magazines in different faces they told me that you'rre not only my fiancee but hubby and Raja Azlan Shah's daughter, pleasse check with them, catcha later seniiorrr...norzana_103@yahoo.com

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.